Monday, April 7, 2008

Perang Inggeris-Myanmar 1

Perang Inggeris-Myanmar Pertama, 1824-1826

Pengenalan
Perang Inggeris-Myanmar pada tahun 1824 merupakan peristiwa penting dalam sejarah moden Myanmar. Ia tidak sahaja merupakan peperangan yang pertama dengan kuasa asing (Barat) tetapi ia juga disifatkan sebagai titik peralihan bagi negeri Myanmar. Kekalahan Myanmar dalam peperangan itu memberi satu pengajaran bahawa negeri itu tidak boleh merasa bongkak dan mereka merasa dirinya lebih kuat dari negeri lain. Negeri Myanmar juga harus sedar bahawa negara-negara Barat mempunyai kelebihan dalam peperangan moden. Selain itu, negeri Myanmar terpaksa menamatkan dasar “tutup pintu” (isolasi) yang telah dijalankan begitu lama. Dengan menandatangani Perjanjian Yandabo, pada tahun 1826, negeri Myanmar telah mengadakan hubungan dengan British.

Sebab-sebab berlakunya peperangan
1. Dasar meluaskan wilayah
Pada pertengahan kurun ke-18, Alaungpaya telah menakluki Pegu, lalu mendirikan dinasti baru diberi nama Konbaung pada tahun 1752. Dengan pembentukan dinasti baru ini bermakna Alaungpaya telah berjaya menyatukan semula Myanmar. Pengganti-pengganti Alaungpaya kemudiannya telah meluaskan lagi wilayah mereka hingga membawa kepada sempadan Timur India. Pada tahun 1784, Raja Bodawpaya (1782-1819) iaitu anak Alaungpaya yang terakhir memerintah, berjaya menakluki Arakan sebuah kerajaan yang bebas. Raja Arakan bernama Thamada terpaksa melarikan diri tetapi telah ditangkap pada Februari 1785 lalu dibawa ke Myanmar. Selepas menakluki Arakan, tentera Myanmar melancarkan serangan ke atas Siam tetapi gagal. Tentera Myanmar hanya berjaya menawan Chiengmai dan itu pun dapat diusir oleh Siam. Dengan penaklukan Arakan telah membimbangkan Inggeris kerana sempadan Myanmar telah mara ke Benggala. Selain itu, Raja Bodawpaya juga bercita-cita hendak menakluki China dan India terutama di kawasan Manipur dan Assam.
2. Masalah orang pelarian Arakan
Apabila Arakan terletak di bawah kekuasaan Myanmar maka tindasan-tindasan terhadap orang Arakan telah dilakukan. Orang-orang Arakan telah dikerah secara paksa untuk bekerja sebagai buruh dan bertugas dalam perkhidmatan kerajaan. Dengan adanya tindasan dari pemerintah Myanmar, pada tahun 1794 telah terjadi stu pemberontakan dengan dibantu oleh orang-orang Arakan yang telah melarikan diri dan menetap di Chittagong. Pemberontakan itu dapat dikalahkan menyebabkan ramai orang-orang Arakan melarikan diri ke tanah jajahan Inggeris. Peristiwa itu dipandang berat oleh British dan masuk menghalang kemaraan tentera Myanmar maka British menghantar tenteranya ke sempadan di bawah Kolonel Erskine. Dengan ini, pelarian orang-orang wilayah Arakan ke wilayah British telah menimbulkan persengketaan antara British dan Myanmar.
Untuk menyelesaikan masalah sempadan, maka pada tahun 1795, British telah menghantar Kapten Michael Seymes ke Myanmar. Kapten Seymes juga telah mengesyorkan supaya satu perjanjian perdagangan antara Myanmar dengan Inggeris diadakan. Hasil dari perundingan itu, pemerintah Myanmar bersetuju menerima seorang wakil British bertempat di Rangoon untuk menjaga hal-ehwal perniagaan British di Myanmar.
Sungguhpun British dibenarkan melantik residennya di Rangoon keamanan hubungan antara British dan Myanmar sentiasa diancam oleh orang pelarian Arakan. Pada tahun 1798, timbul sekali lagi pemberontakan di Arakan tetapi gagal menyebabkan mencurah-curah orang pelarian Arakan memasuki Chittagong. Disebabkan ramai orang Arakan memasuki Chittagong dan mengancam pemerintah Myanmar di Arakan maka pada Januari 1802, pemerintah Arakan atas nama Kerajaan Myanmar mendesak British menyerahkan orang-orang pelarian Arakan kepada Kerajaan Myanmar. Myanmar juga menggugat akan menyerang India sekiranya tuntutan itu tidak ditunaikan. Dengan adanya ancaman tersebut, maka British menyerahkan pasukan tenteranya untuk mengawal sempadan antara India dan Myanmar. Untuk menyelesaikan masalah pertikaian mereka maka British menghantar Kapten Syemes ke Myanmar pada Mei 1802 bagi mengadakan perdamaian.
Masalah orang-orang Arakan menjadi kemuncak apabila pada tahun 1811, satu pemberontakan di bawah pimpinan Chin Byan telah meletus. Chin Byan secara diam-diam telah mengumpulkan kekuatannya di wilayah British lalu menyerang Myanmar dengan menawan Miohaung. Chin Byan telah meminta bantuan British dengan membuat satu perjanjian untuk meletakkan wilayah di bawah tadbirnya di bawah kedaulatan British. Hal ini telah meruncingkan hubungan antara British dengan Myanmar. Untuk menyakinkan Kerajaan Myanmar bahawa British tidak terlibat dalam tindakan Chin Byan itu maka dalam September 1811, Kapten Canning diutus ke negeri Myanmar. Pemerintah Arakan telah mengancam untuk menyerang Chittagong jika orang-orang pelarian tidak diserahkan. Peperangan dapat dielakkan apabila tentera Myanmar yang berada di sempadan terpaksa ditarik balik pada musim tengkujuh. Untuk mendapatkan kepercayaan Myanmar maka pada akhir tahun 1812, Inggeris berjaya melumpuhkan sebahagian besar pasukan Chin Byan. Pergerakan Chin Byan lumpuh sama sekali apabila Chin Byan meninggal dunia pada tahun 1815. Sungguhpun pergerakan Chin Byan dapat diatasi oleh British, tetapi hubungan baik di antara British dengan Myanmar masih tidak terjamin.
3. Keengganan Myanmar mengadakan hubungan diplomatik
Orang-orang Inggeris ingin mengadakan hubungan yang baik dengan Myanmar. Keinginan British mengadakan hubungan selain disebabkan faktor politik iaitu cuba bersaing dengan pengaruh Perancis, ada juga faktor-faktor ekonomi. Pihak kompeni ingin:
a. Mendapatkan kayu balak dari Myanmar untuk membuat kapal.
b. Menjadi Myanmar sebagai pasaran bagi barang British.
c. Menggunakan Myanmar sebagai jalan darat ke negeri China dengan melalui Sungai Irrawaddy.
Malangnya, orang Myanmar mempunyai pandangan hidup yang berlainan. Seperti orang China, orang Myanmar mempunyai sikap bongkak dengan anggapan bahawa mereka mempunyai darjat tinggi. Oleh itu, mereka merasa bahawa taraf mereka akan jatuh jika mereka mengadakan hubungan yang sama taraf dengan British, lebih-lebih lagi pihak kompeni bukan mewakili Kerajaan British. Oleh sebab sikap pemerintah dan pegawia Myanmar sedemikian rupa, wakil-wakil British gagal untuk mengadakan perhubungan sama taraf dengan Myanmar. Kebanyakan dari mereka terpaksa meninggalkan Myanmar kerana merasakan kecewa atas tindakan pemerintah Myanmar. Misalnya seperti yang terjadi pada Residen Hiram Cox yang dilantik pada tahun 1796 terpaksa meninggalkan Myanmar pada April 1798. Dengan pemergian Cox maka Myanmar tidak membenarkan perlantikan residen di negeri itu. Setelah mengadakan perundingan dengan Kapten Seymes, Raja Bodawpaya memperkenankan perlantikan residen di negeri itu. Dalam bulan Mei 1803, Lieutenant John Canning telah dilantik sebagai residen tetapi beliau terpaksa pulang ke India dalam November 1803. Peristiwa ini mengecewakan British untuk melantik residennya di Myanmar.
4. Campur tangan Myanmar di Assam
Seperti yang diterangkan bahawa Raja Bodawpaya mempunyai cita-cita untuk menakluki India terutamanya wilayah di Timur Laut seperti Manipur dan Assam dan seterusnya Benggala. Untuk mencapai maksudnya maka Bagydaw telah melantik Bandula menjadi gabenor pertama bagi Assam dan Arakan. Rancangan untuk meletakkan Assam di bawah kekuasaan Myanmar terbuka apabila berlaku huru-hara di kawasan itu. Pada akhir kurun ke-18, pengaruh Kerajaan Ahom merosot. Raja Ahom yang bernama Gaurinath Singh merupakan raja yang lemah. Orang-orang Moamarias yang selama ini ditindas oleh mereka telah memberontak. Untuk menghadapi pemberontakan ini, baginda meminta bantuan British tetapi memandang sepi.
Keadaan huru-hara timbul kembali apabila berlaku pertentangan di antara Bar Phukan dengan Burha Gohain. Bar Phukan telah berangkat ke Calcutta untuk mendapatkan pertolongan British tetapi gagal. Dengan itu, Bar Phukan pun berpaling pula kepada Raja Bodawpaya. Menggunakan peluang ini, pada Mac 1817, tentera Myanmar mara ke Jorhat dan melantik seorang raja boneka tetapi sebaik sahaja tentera Myanmar pulang, raja boneka itu digulingkan. Tentera Myanmar kembali ke Assam pada tahun 1819 lalu melantik Chandrakanta Singh menjadi Raja Assam. Nasib yang sama diterima olehnya sebaik-baik sahaja tentera Myanmar kembali ke Myanmar. Oleh sebab dipengaruhi oleh perasaan takut, Chandrakanta Singh melarikan diri ke India. Keadaan yang tidak aman di Assam menyebabkan Bagydaw (cucu Bodawpaya) yang menjadi raja pada tahun 1819 melantik Bandula menjadi Gabenor Assam selepas menaklukinya.
Selepas menakluki Assam, Myanmar meneruskan perluasan wilayahnya ke Manipur. Raja Myanmar telah menggunakan peristiwa kegagalan Raja Manipur menghadiri pertabalan Bagydaw menjadi raja sebagai alasan untuk menguasai kawasan itu. Oleh sebab ketakutan, maka raja dan pengikutnya melarikan diri ke Cacar. Raja Cacar yang negerinya dirempuh oleh orang-orang pelarian Manipur dan takutkan ancaman Myanmar telah melarikan diri ke India. Dengan kemaraan tentera Myanmar yang begitu jauh telah membimbangkan British. British sedar jika kemaraan Myanmar tidak dihalang bermakna wilayah Benggala yang terletak di bawah kekuasaan British akan terancam. Oleh itu, British terpaksa mengambil satu tindakan yang tegas dengan mengisytiharkan wilayah Cacar dan wilayah kecil lainnya seperti Jaintia terletak di bawah pengaruh British.
Ketegangan menjalar pula ke sempadan Arakan apabila Jeneral Bandulu mengalihkan pandangannya ke wilayah itu. Jeneral Bandula sememangnya ingin menguasai wilayah Benggala. Tentera Myanmar telah memasuki kawasan Ramu lalu menangkap pemburu gajah dari pihak kompeni. Peristiwa itu menyebabkan British menguatkan pertahanannya di Tek Naaf dan di Pulau Shahpuri yang terletak di muara sungai berhampiran dengan Chittagong. Tentera Myanmar telah menawan pulau tersebut dalam bulan September 1823 tetapi dapat kembali kemudiannnya oleh British. Selepas peristiwa itu, Jeneral Bandula telah menyiapkan angkatan secara besar-besaran untuk menyerang Chittagong. Menggunakan peristiwa itu pada 5 Mac 1824, Gabenor Jeneral Lord Amherst mengisytiharkan perang ke atas Myanmar.

Peristiwa dan kesan peperangan
Setelah peperangan diisytiharkan maka tenterra British telah dihantar ke wilayah yang disempadankan dengan Myanmar. Tentera British telah ditempatkan di Manipur dan Assam serta penumpuan yang besar di Arakan. Dari Arakan, tentera British akan menyerang Tennaserim. Jeneral Bandula menunjukkan kebolehannya dengan mengalahkan tentera British dan Tek Naaf dan ini menyebabkan Calcutta terancam. Tetapi malangnya ketika Bandula mendapat kejayaan di Tek Naaf, tentera British di bawah Sir Archibald Campbell yang berpusat di Pulau Andaman telah berjaya menawan Rangoon dalam bulan Mei 1824 tanpa perlawanan. Kejatuhan Bandar Rangoon menyebabkan Bandula terpaksa bergerak menuju ke Selatan. Tentera British tidak dapat bergerak mudik mengikut Sungai Irrawaddy kerana berlakunya hujan monsun yang lebat. Tentera kekurangan bantuan dan makanan. Untuk menggunakan jalan darat agar sukar kerana penuh dengan hutan belantara. Kelewatan tentera British bergerak telah memberi peluang kepada Bandula menguatkan pasukan tenteranya. Pada 1 Disember 1824, Bandula melakukan serangan tetapi gagal.
Sementara itu, di medan pertempuran di pantar Barat, tentera British telah menawan pelabuhan penting di Tennasserim dan pada Januari 1825 mereka menawan Mrohaung. Kejayaan ini membolehkan British menguasai Arakan.
Kekuatan tentera Myanmar telah tergugat pada 1 April 1825 apabila Jeneral Bandula mati semasa mempertahankan bandar Danubyu. Kematiannya membolehkan British menduduki Prome. Tentera Myanmar melancarkan serangan ke atas tentera British di Prome tetapi gagal. Setelah berjaya mengalahkan tentera Myanmar di Prome, tentera British diarahkan bergerak menuju ke Ava. Tetapi sebelum tentera British tiba di Yandobo, pemerintah Myanmar telah bersetuju untuk berdamai dan dengan ini pada 24 Februari 1926, Perjanjian Yandabi ditandatangani di antara British dan Myanmar. Syarat-syarat Perjanjian Yandabo ialah:
a. Myanmar menyerahkan Assam, Arakan dan Tennasserim kepada British.
b. Myanmar tidak akan campur tangan di Cacar, Manipur dan Jaintia yang menjadi wilayah perlindungan British.
c. Myanmar bersetuju menerima wakil British yang bertempat di Rangoon dan juga lain-lain kawasan di Myanmar.
d. Myanmar bersetuju mambayar ganti rugi sebanyak 10 juta rupee (kira-kira $5 juta) kepada Inggeris.
e. Myanmar bersetuju mengadakan hubungan diplomatik dengan British dengan menghantar seorang dutanya ke Calcutta.
f. Myanmar bersetuju hendak berundingkan berkenaan dengan perjanjian perdagangan dengan British pada masa akan datang.
Perjanjian Yandabo telah dapat menghentikan peperangan antara kedua-duanya namun pada hakikatnya ia tidak dapat menyelesaikan sikap permusuhan Myanmar kepada British. Bagi orang-orang Myanmar, kekalahan mereka dalam pertempuran bukanlah disebabkan mereka pengecut tetapi disebabkan lain-lain perkara. Anggapan ini menunjukkan dengan jelas bahawa orang-orang Myanmar masih mempunyai keyakinan mereka akan dapat mengalahkan British. Orang yang benar-benar merasa kurang puas hati ialah Raja Bagydaw dan ia menggunakan Perjanjian Yandabo untuk mempersiapkan diri. Dengan sikap permusuhan yang masih ada di diri orang Myanmar menyebabkan Perjanjian Yandabo tidak dijalankan dengans sempurna. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati kepada British. Unsur-unsur ini telah mencetuskan peperangan yang kedua yang dikenali sebagai Perang Inggeris-Myanmar Kedua pada tahun 1852.

Dasar Liberal di Indonesia

Dasar Liberal

Pengenalan
Dasar Liberal bukan merupakan sistem ekonomi seperti Sistem Kultur. Ianya merupakan dasar pentadbiran dan perlaksanaannya merupakan langkah ke arah menghapuskan Sistem Kultur. Keburukan Sistem Kultur telah mendapat tentangan daripada rakyat Jawa dan juga orang-orang Belanda. Dasar Liberal dilaksanakan dengan tujuan untuk meninggikan taraf ekonomi dan sosial rekyat Hindia Timur terutamanya rakyat Jawa yang tertindas akibat perlaksanaan Sistem Kultur. Selain itu, Dasar Liberal bertujuan untuk memberi peluang kepada kapitalis-kapitalis melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di Hindia Timur. Apabila Parti Liberal memerintah di Belanda pada tahun 1863, Dasar Liberal mula dilaksanakan di Hindia Timur.

Sebab-sebab
1. Keburukan Sistem Kultur
Perlaksanaan Sistem Kultur telah menyebabkan kedudukan rakyat Jawa terutamanya di Jawa Tengah seperti Tegal, Cheribon dan Priangan mengalami kemerosotan akibat penyelewengan dalam perlaksanaan sistem tersebut sejak tahun 1836. Petani-petani telah dipaksa untuk bekerja lebih dari 66 hari setahun untuk tanaman eksport. Mengikut Van de Kolf, terdapat petani-petani yang dipaksa bekerja untuk tanaman eksport sehingga 240 hari setahun. Selain itu, petani-petani juga dipaksa memperuntukkan lebih 1/5 tanah mereka untuk tanaman eksport. Mengikut Van de Kolf, terdapat petani-petani yang dipaksa memperuntukkan ?, 1/3, ? dan ? dan sebagainya untuk tanaman eksport. Malah terdapat petani-petani di beberapa kawasan Jawa Tengah yang dipaksa memperuntukkan semua tanah mereka untuk tanaman eksport. Keadaan bertambah buruk kerana adanya komisen berdasarkan sistem peratus yang dibayar kepada pembesar dan penyelia Belanda. Hal ini menyebabkan pembesar dan penyelia Belanda memaksa petani-petani memperuntukkan lebih masa dan tanah bagi menanam tanaman eksport untuk menambahkan pengeluaran. Petani-petani juga dipaksa melakukan kerja-kerja lain seperti membina jalan raya, jambatan, terusan dan sebagainya. Pada tahun 1830-an, arahan telah dikeluarkan oleh Kerajaan Belanda supaya petani-petani Jawa menjual hasil tanaman mereka kepada Kerajaan Belanda dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran sebagai sumbangan rakyat Jawa untuk membantu ekonomi Belanda. Sebagai contoh, pada tahun 1833, rakyat Jawa dipaksa menjual hasil kopi mereka kepada Kerajaan Belanda dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran. Pelbagai penyelewengan telah berlaku dalam perlaksanaan Sistem Kultur. Tanah yang diperuntukkan untuk tanaman eksport juga dikenakan cukai. Pengkhususan kerja tidak dilaksanakan menyebabkan petani-petani terpaksa bekerja untuk eksport untuk sepanjang tahun. Badan pelindung yang diharapkan dapat menjaga kebajikan petani tidak pernah ditubuhkan. J.S. Farnival dalam bukunya ?Netherlands India: A Study of Plural Economy? menegaskan Sistem Kultur tidak memberi peluang pada wujudnya kelas perdagangan tempatan. Fungsi ekonomi rakyat Jawa hanya sebagai buruh pertanian kepada Belanda. Mereka tidak mempunyai pengalaman perdagangan dan terputus dari pasaran antarabangsa.
Perlaksanaan Sistem Kultur telah mengakibatkan berlakunya kebuluran di Jawa Tengah, terutamanya di Cheribon, Tegal dan Priangan. Pada tahun 1840-an, terutamanya 1843-1850. Kebuluran pertama berlaku di Cheribon pada tahun 1843. Kebuluran yang dashyat berlaku di Jawa Tengah pada 1849-1850 di mana 300 ribu nyawa terkorban. Punca utama berlakunya kebuluran ialah kekurangan pengeluaran tanaman makanan, iaitu padi akibat tumpuan yang lebih dalam tanaman eksport. Petani-petani telah dipaksa untuk memperuntukkan lebih masa dan tanah untuk tanaman eksport
Sistem Kultur gagal meninggikan taraf hidup rakyat Jawa dan sistem ini hanya menguntungkan Belanda. Kerajaan Belanda telah mengabaikan kebajikan umum rakyat Jawa. Tidak ada langkah-langkah yang diambil bagi meningikan taraf sosial terutamanya kesihatan dan pendidikan rakyat Jawa.


2. Kebangkitan fahaman Liberal
Sejak pertengahan abad ke-19, fahaman liberal telah merebak di Eropah termasuk di Belanda. Golongan liberal di bawah pimpinan Van Hoeval telah mengecam hebak Sistem Kultur dan menganggapnya sebagai sistem pemerasan dan ? perhambaan. Mereka mendesak Belanda melaksanakan dasar yang lebih bertanggungjawab yang dapat meninggikan taraf ekonomi dan sosial rakyat Hindia Timur dan bukannya menindas mereka. Mereka juga menegaskan tanggungjawab penjajah ialah menjaga kebajikan rakyat yang dijajah. Sistem Kultur yang merupakan monopoli kerajaan dalam kegiatan ekonomi di Jawa amat bertentangan dengan prinsip ekonomi golongan liberal. Mereka mahukan kerajaan melaksanakan dasar ekonomi bebas/laissez faire yang membuka peluang kepada kapitalis melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di Hindia Timur. Mereka menegaskan langkah ini akan menyebabkan perkembangan ekonomi yang pasti menguntungkan Belanda dan rakyat Hindia Timur. Apabila Parti Liberal memerintah Belanda pada tahun 1863, Dasar Liberal mula dilaksanakan di Hindia Timur. Antara tokoh golongan liberal ialah Van Hoeval, Van de Putte, Thorbecke dan Douwas Dekken.
3. Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaan 1848 telah menetapkan raja Belanda melalui Menteri Tanah Jajahan mesti melaporkan hal ehwal tanah jajahan kepada Parlimen tiap-tiap tahun. Pindaan perlembagaan tersebut juga telah memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang yang berkaitan dengan kewangan tanah jajahan. Akta Akaun 1864 telah memberi kuasa kepada Parlimen untuk meluluskan belanjawan tanah jajahan. Akta tersebut juga telah menamatkan hak mutlak raja ke atas tanah jajahan. Tanggungjawab ke atas tanah jajahan telah diserahkan kepada Parlimen Belanda. Perkembangan ini membolehkan ahli-ahli liberal dalam Parlimen mengecam Sistem Kultur dan melaksanakan Dasar Liberal.
4. Desakan kapitalis
Kapitalis-kapitalis Belanda telah mengecam Sistem Kultur kerana ianya merupakan monopoli kerajaan dalam kegiatan ekonomi. Kapitalis-kapitalis tidak berpeluang untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di bawah Sistem Kultur. Mereka mendesak Kerajaan Belanda melaksanakan dasar ekonomi bebas/laissez faire yang membuka peluang kepada kapitalis melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di Hindia Timur. Kapitalis-kapitalis yang terdiri daripada pedagang-pedagang, pengusaha-pengusaha industri, pemilik bank dan sebagainya mahu melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi bukan sahaja di Jawa, tetapi di seluruh Hindia Timur dan bukan sahaja dalam pertanian tetapi juga dalam kegiatan ekonomi lain. Mereka mahu memperolehi sebahagian keuntungan di Hindia Timur yang selama ini hanya dinikmati oleh kerajaan. Apabila Parti Liberal yang disokong kuat oleh golongan kapitalis memerintah Belanda sejak tahun 1863, maka dasar yang menguntungkan kapitalis, iaitu Dasar Liberal dilaksanakan di Hindia Timur. Desakan kapitalis juga menyebabkan Kerajaan Belanda melaksanakan undang-undang pertanian 1870 di Hindia Timur yang membolehkan kapitalis menyewa tanah rakyat tempatan dalam tempoh maksimum 35 tahun dan tanah kerajaan 75 tahun.
5. Faktor kemanusiaan
Faktor kemanusiaan juga bertanggungjawab terhadap perlaksanaan Dasar Liberal di Hindia Timur. Penderitaan rakyat Jawa tanah mendapat simpati orang-orang Belanda. Mereka mengutuk Sistem Kultur dan mendesak Belanda melaksanakan dasar yang lebih bertanggungjawab yang dapat meninggikan taraf ekonomi dan sosial rakyat Hindia Timur. Golongan ini menegaskan tanggungjawab Kerajaan Belanda ialah menjaga kebajikan mereka dan bukannya menindas mereka. Faktor kemanusiaan kemuncak dengan terbitnya novel ?Max Havelaar? oleh Douwes Dukker pada tahun 1860. Novel tersebut telah mendedahkan penderitaan serta penyelewengan dalam perlaksanaan Sistem Kultur. C.L.M. Penders dalam bukunya ?Indonesia: Selected Documents on Colonialism and Nationalism 1830-1842? dan D.G.E. Hall dalam bukunya ?A History of South East Asia? menegaskan novel ?Max Havelaar? telah membangkitkan penentangan rakyat Belanda terhadap Sistem Kultur. Faktor kemanusiaan diperkukuhkan lagi dengan terbitnya kisah ?Regulation of Sugar Contract in Jawa? oleh Van de Putte pada tahun 1862. Risalah tersebut telah mendedahkan keterlaluan-keterlaluan dalam perlaksanaan Sistem Kultur.

Kesan-kesan
1. Ekonomi
a. Perkembangan ekonomi
Perlaksanaan Dasar Liberal telah mengakibatkan perkembangan ekonomi di seluruh Hindia Timur akibat penglibatan modal kerajaan dan kapitalis. Perkembangan ekonomi terbukti dengan pertambahan nilai eksport dan import. Antara tahun 1870-1900, eksport Hindia Timur meningkat 2 kali ganda dan import meningkat 4 kali ganda. Buktinya eksport Hindia Timur bernilai 107 juta guilders pada tahun 1870 telah meningkat 258 juta guilders pada tahun 1900, manakala import yang bernilai 44 juta guilders pada tahun 1870 telah meningkat 176 juta guilders pada tahun 1900. Tanaman baru seperti getah, kelapa sawit, kelapa dan koko diperkenalkan. Banyak kilang didirikan dan syarikat-syarikat perdagangan serta bank ditubuhkan. Satu sistem ekonomi yang berorientasikan pertanian ladang dan perlombongan mula dijalankan di Hindia Timur. J.F. Cady dalam bukunya, ?South East Asia: Its Historical Development? menegaskan hasil pertanian ladang telah meningkat 10 kali ganda antara 1860-1885. Perlombongan bijih timah juga dijalankan di Bangka dan Belitung. Sebagai contoh, pengeluaran bijih timah Bangka sebanyak 2200 tan pada tahun 1870 telah meningkat 10 ribu tan pada tahun 1900
b. Ekonomi seluruh Hindia Timur
Di bawah Dasar Liberal, kegiatan ekonomi dijalankan di Jawa dan juga pulau-pulau luar yang sebelumnya diabaikan. Sebagai contoh, pengusaha-pengusaha Belanda telah membuka ladang tembakau di Sumatera Timur dan Selatan. Selain itu, kegiatan ekonomi bukan sahaja tertumpu dalam bidang pertanian, tetapi juga dalam bidang ekonomi lain. Sebagai contoh, pengeluaran arang dijalankan di Kalimantan Selatan dan Sumatera Barat. Pengeluaran minyak dijalankan di Sumatera dan Kalimantan mulai tahun 1883.
c. Kedudukan ekonomi rakyat Hindia Timur
Dasar Liberal meninggikan taraf ekonomi rakyat Hindia Timur dan dasar ini hanya menguntungkan kapitalis-kapitalis Belanda dan Cina. Sistem ekonomi bebas di bawah Dasar Liberal menyebabkan rakyat tempatan tidak dapat bersaing dengan kapitalis kerana kekurangan modal dan pengetahuan. Fungsi ekonomi mereka hanya sebagai buruh di ladang-ladang dan lombong-lombong milik kapitalis. Mereka dibayar gaji yang rendah dan bekerja dalam suasana yang menyedihkan. Daya pembelian rakyat Hindia Timur semakin merosot. Selain itu, mereka juga dibebankan dengan pelbagai cukai terutamanya cukai tanah. Sebagai contoh, 80% daripada hasil cukai di Jawa dibayar oleh orang-orang Jawa.
d. Merugikan kerajaan
Perlaksanaan Dasar Liberal menyebabkan kapitalis mengambil alih penguasaan kerajaan dalam kegiatan ekonomi di Hindia Timur. Kekuatan modal mereka telah membolehkan kapitalis membuka lebih banyak ladang dan lombong di seluruh Hindia Timur. Perangkaan berikut menunjukkan perbezaan keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan dan kapitalis antara tahun 1865-1885:
Tahun Kerajaan (juta guilders) Kapitalis (juta guilders)
1865 64 34
1870 46 68
1875 41 130
1885 16 168
Perkembangan ini telah memberi bebanan ekonomi pada Kerajaan Belanda sedangkan sebelum ini masalah ekonomi telah dapat diatasi akibat perlaksanaan Sistem Kultur. Pada tahun 1897, Kerajaan Belanda berhutang sebanyak 18 juta guilders.




2. Sosial
a. Meruntuhkan sistem sosial tradisional
Perlaksanaan Dasar Liberal telah meruntuhkan sistem sosial tradisional akibat pengambilan rakyat Indonesia sebagai buruh bergaji di ladang-ladang dan lombong-lombong milik kapitalis. Peluasan kuasa dan perkhidmatan Kerajaan Belanda telah mempercepatkan proses keruntuhan sistem sosial tradisional. Kawalan sosial semakin merosot dan hubungan kekeluargaan semakin renggang.
b. Sistem perhubungan
Kemajuan sistem perhubungan merupakan kesan sosial yang penting akibat perlaksanaan Dasar Liberal. Banyak jalan raya dan jalan keretapi telah dibina di seluruh Hindia Timur. Tujuannya ialah untuk memudahkan usaha membuka kawasan pertanian dan perlombongan. Sebagai contoh, jalan keretapi sejauh 1600 km pada tahun 1890 telah meningkat 3500 km pada tahun 1900. Perkhidmatan telegraf kawasan pedalaman yang pertama telah diadakan pada tahun 1856. Perkhidmatan pos kawasan pedalaman yang pertama telah diadakan pada tahun 1866. Perkhidmatan telefon semakin berkembang dan syarikat telefon yang petama ditubuhkan pada tahun 1882.
c. Pelajaran
Di bawah Dasar Liberal, Belanda mula membina sekolah-sekolah untuk rakyat tempatan. Pada tahun 1871, terdapat 263 sekolah dan pada tahun 1898, jumlah sekolah meningkat menjadi 516 buah. Selain itu, maktab-maktab latihan perguruan dan institut-institut latihan khas telah ditubuhkan. Sebagai contoh, penubuhan Sekolah Latihan Doktor di Jawa pada tahun 1897.
d. Kelas menengah
Perlaksanaan Dasar Liberal telah melahirkan satu kelas baru dalam masyarakat Indonesia, iaitu kelas menengah yang ditentukan oleh faktor ras dan ekonomi. Majoriti kelas menengah terdiri daripada orang-orang Belanda, Indo-Belanda dan sebilangan kecil orang Indonesia.
e. Penghijrahan
Perkembangan ekonomi di bawah Dasar Liberal telah menggalakkan penghijrahan ramai orang Belanda ke Indonesia. Kebanyakan orang Belanda yang berhijrah ke Indonesia terdiri daripada golongan professional dan peniaga. Selepas tahun 1870, kebanyakan orang Belanda yang berada di Indonesia bukan lagi terdiri daripada pegawai kerajaan seperti sebelumnya. Pada tahun 1900, terdapat 67 ribu orang Belanda di Indonesia. Bilangan orang Cina yang berhijrah ke Indonesia juga meningkat. Sebagai contoh, bilangan orang Cina di Jawa seramai 150 ribu orang pada tahun 1850 telah meningkat menjadi 277 ribu orang pada tahun 1900. Kebanyakan orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar dan menjado pekedai runcit, orang tengah dan peminjam wang. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian orang Cina yang terlibat dalam pertanian komersil.
3. Politik
Perkembangan ekonomi di bawah Dasar Liberal yang berlaku di seluruh Indonesia telah menyebabkan Belanda mulai mengambil langkah untuk mengelakkan pulau-pulau luar jatuh ke tangan kuasa-kuasa Barat lain. Kepentingan ekonomi juga menyebabkan Belanda berusaha untuk menghapuskan kegiatan-kegiatan yang boleh mengancam kegiatan ekonomi seperti pelanunan, perang saudara serta kekacauan-kekacauan lain. Akibatnya, Belanda mula campur tangan dalam hal-ehwal pulau-pulau luar. Sebagai contoh, campur tangan Belanda di Bali dan Sumatera Utara.

Kesimpulan
Dasar Liberal seperti Sistem Kultur gagal meninggikan taraf hidup rakyat Indonesia. Mengikut Goertz, Dasar Liberal merupakan cara yang berlainan untuk mencapai matlamat yang sama, iaitu mengangkut hasil Indonesia ke Belanda. Akibatnya, Dasar Liberal bukan sahaja ditentang oleh rakyat Indonesia, tetapi juga orang-orang Belanda, terutamanya golongan sosialis yang memperjuangkan konsep-konsep ?Hindia Timur untuk Hindia Timur?. Mereka mahukan segala keuntungan di Indonesia dibelanjakan untuk kebajikan rakyat Indonesia. Golongan ini mendakwa Belanda mempunyai tanggungjawab moral untuk menjaga kebajikan rakyat Indonesia. Penentangan terhadap Dasar Liberal bertambah selepas terbitnya risalah ?Ons Program? oleh Dr. Abraham Kayper dan ?A Debt of Honour? oleh Ven Deventer. Apanila parti campuran Neo Calvinist dan Katholik yang dapat sokongan sosialis memerintah di Belanda di bawah Perdana Menteri Dr. Abraham Kayper dan Menteri Tanah Jajahan Alexander Idenberg, maka Dasar Liberal dihapuskan dan digantikan dengan Dasar Etika mulai tahun 1901. Dasar Etika mempunyai 3 prinsip utama, iaitu pendidikan, penghijrahan dan pengairan.

Perang Jawa 1825-1830

Perang Jawa (1825-1830)

Pengenalan
Perang Jawa meletus dari 20 Julai 1825 sehingga 28 Mac 1830. Peperangan ini juga dikenali sebagai Perang Depo Negoro kerana ianya dipimpin oleh Depo Negoro atau Pengeran Anta Wira, iaitu putera Sultan Amangkubuwono III dari keturunan Jogjakarta. Perang Jawa bukan sahaja merupakan penentang rakyat Jawa terhadap Belanda, tetapi juga terdapat orang-orang Cina kerana kegiatan-kegiatan mereka telah menimbulkan pelbagai penderitaan kepada rakyat Jawa. C.L.M. Penders dalam bukunya ?Indonesia: Selected Documents on Colonialism and Nationalism 1830-1942? menegaskan bahawa ekonomi merupakan faktor utama menyebabkan meletusnya Perang Jawa. Pendapat ini disokong oleh M.C. Ricklefs dalam buku ?A History of Modern Indonesia?. Walau bagaimanapun, faktor politik dan sosial juga penting dalam meletusnya Perang Jawa.

Sebab-sebab
1. Politik
Pada tahun 1814, Sultan Amangkubuwono III dari Kesultanan Jogjakarta mangkat. Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu Depo Negoro dan Mas Djorat yang masing-masing beribukan rakyat biasa dam keturunan raja. Atas nasihat pembesar-pembesar, Stamford Raffles yang menjadi Leftenan Gabenor Jawa ketika itu melantik Mas Djorat sebagai Sultan Amangkubuwono IV. Untuk mengelakkan penentangan Depo Negoro, Raffles berjanji akan melantik Depo Negoro sebagai Sultan selepas kematian Mas Djorat. Pada tahun 1822, Mas Djorat mangkat. Belanda yang kembali memerintah Jawa melantik putera Mas Djorat iaitu Raden Menol yang berumur 2 tahun sebagai Sultan Amangkubuwono V. Tindakan Belanda tidak melantik Depo Negoro menyebabkan beliau menentang. Belanda melantik Raden Menol sebagai Sultan dengan tujuan untuk mengurangkan pengaruh Depo Negoro serta untuk memudahkan dasar peluasan kuasa. Walau bagaimanapun, terdapat ahli-ahli Sejarah yang menegaskan Belanda sememangnya tidak mengetahui adanya janji antara Raffles dengan Depo Negoro.
Tindakan Belanda untuk mengurangkan pengaruhnya telah mendapat bantahan Depo Negoro. Sebagai contoh, dalam menjalankan pentadbiran Jogjakarta, Belanda tidak pernah berunding dengan Depo Negoro walaupun beliau telah dilantik sebagai Pemangku Sultan. Hubungan baik yang wujud antara Perdana Menteri, Pateh Denuredjo yang merupakan musuh Negoro telah menambahkan kemarahan beliau.
Depo Negoro juga tidak setuju dengan campur tangan Belanda dalam hal-ehwal Jogjakarta. Belanda telah melantik Smissert sebagai residennya di Jogjakarta. Campur tangan Belanda telah menyebabkan beberapa wilayah Jogjakarta seperti Kedu, Madiun dan Magelang telah dikuasai oleh Belanda.
2. Ekonomi
a. Pembatalan sistem sewa tanah
Pada tahun 1823, Van der Capellan telah mengeluarkan undang-undang tanah baru. Mulai 1 Januari 1824, sistem sewa tanah yang diamalkan selama ini dibatalkan. Pembatalan sistem sewa tanah telah menimbulkan bantahan golongan bangsawan dan petani-petani Jawa terutamanya di Jogjakarta dan Surakarta. Telah menjadi amalan tuan tanah sejak awal abad ke-19 untuk menyewakan tanah mereka kepada pengusaha-pengusaha Eropah dan Cina lebih-lebih lagi pengusaha-pengusaha ini tidak dibenarkan membeli tanah. Van der Capellan menganggap tindakan ini bukan sahaja merugikan tuan tanah tetapi juga kerajaan. Mengikut undang-undang tanah yang baru, tuan tanah diminta mengembalikan wang yang telah diambil dari pengusaha. Walaupun undang-undang ini dapat mengelakkan tuan tanah kehilangan tanah tetapi ianya dianggap sebagai satu bebanan oleh tuan tanah. Pembatalan sistem sewa tanah telah menutup satu sumber pendapatan tuan tanah. Selain itu, wang yang diambil dari pengusaha telah pun dibelanjakan. Antara tuan tanah yang terlibat ialah Depo Negoro. M.C. Ricklefs dalam bukunya ?A History of Modern Indonesia? menegaskan pembatalan sistem sewa tanah merupakan langkah terakhir yang membangkitkan penentangan rakyat Jawa terhadap Belanda. Pembatalan sistem sewa tanah juga membebankan petani-petani kerana mereka telah dipaksa oleh tuan tanah untuk bekerja lebih kuat lagi bagi menambahkan pengeluaran supaya tuan tanah dapat mengembalikan wang kepada pengusaha. Petani-petani tidak menentang tuan tanah kerana mereka mengetahui keadaan ini berlaku akibat tindakan Belanda.
b. Cukai
Perang Napoleon telah menjejaskan ekonomi Belanda. Pada tahun 1815, hutang Belanda telah meningkat 600 juta guilders. Gabenor Jeneral yang dilantik di Jawa selepas Perang Napoleon iaitu Elout (1816), Buysken (1817) dan Van der Capellan (1819) telah diarahkan untuk melaksanakan rancangan bagaimana Jawa dapat digunakan untuk membantu ekonomi Belanda. Antara langkah yang dijalankan oleh Belanda ialah rakyat Jawa dikehendaki menjual hasil mereka kepada Kerajaan Belanda dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran sebagai sumbangan rakyat Jawa untuk ekonomi Belanda. Selain itu, rakyat Jawa juga dikenakan pelbagai cukai yang tinggi. Salah satu cukai yang dianggap membebankan ialah cukai sempadan. Di bawah sistem cukai sempadan, rakyat Jawa yang melalui tanah kerajaan dikehendaki membayar cukai. Hak memungut cukai telah diserahkan kepada orang Cina yang mengambil kesempatan mengenakan cukai tambahan seperti cukai pintu gerbang, cukai jambatan dan sebagainya yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh Belanda.
c. Kemelesetan
Kemelesetan ekonomi telah berlaku pada 1820-an. Pada tahun 1822, berlaku kejatuhan harga kopi. Kejatuhan ini membebankan ekonomi rakyat Jawa kerana majoriti rakyat Jawa bergantung kepada hasil kopi. Kehidupan mereka bertambah sulit apabila mereka terpaksa membayar pelbagai cukai yang dikenakan oleh Belanda.





d. Orang Cina
Orang Cina bukan sahaja bertindak sebagai pemungut cukai tetapi juga sebagai orang tengah dan peminjam wang. Sebagai orang tengah, mereka membeli hasil rakyat Jawa dengan harga yang lebih rendah. Sebagai peminjam wang pula, mereka mengenakan bunga yang tinggi ke atas pinjaman orang Jawa. Kegiatan orang Cina telah menambahkan lagi penderitaan rakyat Jawa.
3. Sosial
a. Jalan raya
Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina jalan raya dari Megelang ke Jogjakarta melalui tanah perkuburan nenek moyang Depo Negoro di Tegalredjo. Tindakan Belanda dianggap menjejaskan kesucian Islam serta menjatuhkan maruah Depo Negoro lebih-lebih lagi Belanda tidak berunding dengannya terlebih dahulu. Kemarahan Depo Negoro bertambah apabila Belanda menyerahkan tanggungjawab membina jalan raya ini kepada Perdana Menteri Pateh Denvredjo yang merupakan musuh Depo Negoro.
b. Islam
Depo Negoro merupakan seorang yang alim dan banyak menghabiskan masa bermeditasi di Gua Langse di Pergunungan Silarong. Rakyat Jawa menganggap beliau sebagai pemimpin Islam Jawa dengan gelaran Sheikh Ngadburrahim dan Sheikh Ngabdul Hamid. Tindakan Belanda tidak menyifatkannya sebagai pemimpin Islam Jawa telah mendapat bantahan Depo Negoro. Dewasa itu telah wujud kepercayaan terhadap ?Ratu Adil? iaitu kemunculan Raja Adil yang akan menghalau Belanda dan menghapuskan penderitaan rakyat Jawa. Kepercayaan ini diperkukuhkan dengan konsep ?Imam Mahadi? dalam Islam. Orang Jawa menyokong Depo Negoro kerana mereka menganggap beliau sebagai Raja Adil. Selain itu, rakyat Jawa telah diyakinkan bahawa peperangan dengan Belanda dan Cina merupakan jihad dan kematiannya dianggap sebagai Syahid. Ketokohan Depo Negoro bukan sahaja dapat sokongan rakyat biada tetapi juga pembesar seperti Pangeran Natadningrat, Pangeran Djayakusomo, Pangeran Mangkubumi, Kijau Madjo dan Sentut Primiradrjo.
c. Keruntuhan moral dalam kraton
Depo Negoro juga menentang keruntuhan moral dalam kraton akibat pengaruh Belanda. Sebagai contoh, dalam majlis yang diadakan di rumah Perdana Menteri Pateh Denurudjo, minuman keras telah dihidangkan. Depo Negoro menganggap pengaruh Barat hanya dapat dihapuskan sekiranya Belanda diusir dari Jawa.

Proses peperangan
Perang Jawa bermula 20 Julai 1825 apabila pengikut-pengikut Depo Negoro cuba menggagalkan rancangan Belanda untuk membina jalan raya dari Magelang ke Jogjakarta. Alat-alat pembinaan dimusnahkan dan pekerja diserang menyebabkan seorang pegawai Belanda terbunuh. Belanda bertindak balas dengan menghantar tenteranya menangkap Depo Negoro dan pengikutnya. Kegagalan untuk menangkap mereka telah menyebabkan Belanda membakar rumah Depo Negoro. Depo Negoro dan pengikutnya melarikan diri ke kawasan pergunungan Kalisoko dan kemudiannya muncul di Jogjakarta menyerang orang Cina dan Belanda. Pada tahun 1828, Depo Negoro mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan. Tentera Belanda yang dihantar oleh Belanda untuk menentang Depo Negoro dipimpin oleh Van Green, Cochivs dan De Knock. Pada April 1828, Pangeran Natadningrat berpaling tadah dan menyebelahi Belanda. Menjelang April 1829, lebih banyak pengikut Depo Negoro berpaling tadah. Antara mereka ialah Pangeran Djayakusumo, Pangeran Mangkubumi, Rajai Madjo dan Sentut Primiradrjo. Apabila menyedari perjuangannya akan menemui kegagalan, Depo Negoro bersetuju untuk mengadakan rundingan sejak tahun 1830. Kegagalan rundingan tersebut menyebabkan Depo Negoro ditangkao pada 28 Mac 1830 dan dibuang ke Medano. Pada tahun 1834, beliau dipindahkan ke Makasar di mana beliau meninggal dunia pada 8 Januari 1855.

Kesan-kesan
1. Membebankan kewangan Belanda
Perang Jawa telah membebankan lagi ekonomi Belanda yang hampir muflis selepas Perang Napoleon. Perang Jawa telah menelan perbelanjaan antara 20 juta ? 25 juta guilders yang sebahagian besarnya didapati dari pinjaman. Selepas Perang Jawa, Belanda mula mengambil lankah untuk mengurangkan kos pentadbiran dengan mengurangkan residensinya di Jawa.
2. Wilayah
Bagi mengelakkan berulangnya peristiwa seperti Perang Jawa, Belanda mula mengambil tindakan untuk menguasai beberapa wilayah Jogjakarta dan Surakarta. Pemerintahnya telah dibayar sagu hati. Antara wilayah yang dikuasai ialah Bangjumas, Bagelen, Manduin dan Kediri.
3. Sistem Kultur
Bebanan kewangan yang bertambah akibat Perang Jawa menyebabkan Belanda mengambil pendekatan baru untuk mengatasi masalah ekonominya. Raja Belanda telah mengarahkan Van den Bosch untuk merangka satu rangcangan bagaimana Jawa digunakan untuk membantu ekonomi Belanda. Akibatnya, Sistem Kultur telah mula dilaksanakan oleh Ven den Bosch di Jawa pada 8 Januari 1830. Di bawah sistem ini, petani-petani dikehendaki memperuntukkan 1/5 daripada tanah mereka untuk ditanam dengan tanaman dieksport yang ditetapkan oleh kerajaan seperti tebu, kopi, tembakau, kapas, cengkih, nila, kina dan sebagainya.
4. Sistem sewa tanah
Selepas Perang Jawa, Belanda mengkaji semula dasar pentadbirannya terutamanya dasar ekonomi di Jawa. Belanda menyedari punca utama Perang Jawa ialah pembatalan sistem sewa tanah yang dilaksanakan oleh Van der Capellan sejak 1 Januari 1824. Akibatnya, selepas Perang Jawa, pembatalan sistem sewa tanah tersebut ditarik balik. Pembatalan undang-undang itu membolehkan tuan tanah menyewakan tanah mereka kepada pengusaha-pengusaha.
5. Penderitaan
Perang Jawa telah menimbulkan pelbagai penderitaan bukan sahaja di pihak rakyat Jawa tetapi juga di pihak Belanda. Belanda kehilangan 15 ribu askar yang terdiri daripada 8 ribu Belanda dan 7 ribu Jawa. Di pihak rakyat Jawa, dianggarkan 200 ribu orang terkorban. Perang Jawa telah membawa kepada penderitaan lain seperti penyakit, kekurangan makanan dan sebagainya.


6. Kegagalan pentadbiran Belanda
Perang Jawa membuktikan kegagalan pentadbiran Belanda di Jawa terutamanya rancangan ekonomi Van der Capellan. Selepas Perang Jawa, Belanda mula mengkaji penubuhan pentadbiran serta dasar ekonomi.


7. Nasionalisme
Perang Jawa telah memberi kesan terhadap kebangkitan nasionalisme Indonesia. Van de Krof dalam bukunya ?Prince Depo Negoro: Progenitor of Indonesia Nationalism? menegaskan walaupun Perang Jawa bukan merupakan kebangkitan nasionalisme, tetapi ianya telah dijadikan ilham oleh nasionalis-nasionalis pada abad ke-20 untuk membangkitkan penentangan terhadap Belanda.
8. Kebangkitan lain
Perang Jawa mempengaruhi kebangkitan lain oleh rakyat Hindia Timur untuk menentang Belanda. Antaranya ialah Kebangkitan Ambun dan Kebangkitan Sumatera.

Kesimpulan
Perang Jawa telah meninggalkan pelbagai kesan terutamanya terhadap nasionalisme Indonesia. Peperangan ini merupakan gerakan anti-Belanda yang terbesar pada abad ke-19. Ahli-ahli Sejarah menganggap Perang Jawa sebagai ?fore runner? kepada gerakan anti-Belanda yang lebih sistematik pada abad ke-20. Hal ini ditegaskan oleh Van de Krof dalam bukunya ?Prince Depo Negoro: Progenitor of Indonesia Nationalism?.



Langka-langkah penguasaan Barat

Bincangkan peperangan-peperangan dan perjanjian-perjanjian yang melibatkan kuasa asing Inggeris dan Perancis di Asia Tenggara.

Sejak abad ke-19, kuasa asing mula campur tangan di negara-negara di Asia Tenggara. Sebabnya adalah untuk kepentingan perdagangan dan keselamatan. Dua kaedah digunakan oleh kuasa asing untuk campur tangan iaitu dengan peperangan dan perjanjian. Dengan menggunakan perjanjian, ia memberi keuntungan yang lebih kepada kuasa Barat sama ada jangka panjang atau jangka pendek. Biasanya, kuasa tempatan berada dalam keadaan tertekan kerana tidak terdapat pilihan. Dengan menggunakan pendekatan peperangan, kuasa Barat biasanya mempunyai kelebihan yang amat ketara dari sudut teknologi ketenteraan, peperangan dan persenjataan. Mereka mempunyai alatan yang canggih dan kaum pribumi sering kali akan kalah.

Di Myanmar, campur tangan British bermula dengan Perang Inggeris-Myanmar Pertama (1824-1826). Perang ini berlaku kerana terdapatnya beberapa sebab. Salah satunya ialah dasar peluasan wilayah yang dilakukan oleh Myanmar. Pada tahun 1752, Alaungpaya mendirikan Dinasti Konbaung. Baginda berjaya mnyatukan negara Myanmar. Penggantinya pula berusaha meluaskan wilayah Myanmar. Raja Bodawpaya telah menakluki Arakan pada tahun 1784. Penaklukan ini membimbangkan British kerana sempadan Myanmar telah mara ke Benggala. Seterusnya masalah orang pelarian Arakan timbul. Kezaliman Myanmar terhadap penduduk Arakan memberontak telah memberontak tetapi gagal. Pemberontak ini melarikan diri ke tanah jajahan British. Tentera Myanmar telah masuk ke kawasan British. British memandang berat peristiwa ini dan menghalang kemaraan Myanmar. Hal ini telah menjadi punca persengketaan mereka. Pada tahun 1798, berlaku lagi pemberontakan tetapi gagal. Ramai orang Arakan masuk ke Chittagong. Myanmar mendesak agar British menyerahkan orang pelarian ini. Untuk menyelesaikan pertikaian, satu rundingan damai diadakan. Seterusnya, pada tahun 1811, satu pemberontakan pimpinan Chin Byan meletus. Chin Byan meminta bantuan British. Bagi menunjukkan British memanglah tidak terlibat dalam pemberontakan ini, Kapten Canning di utus ke Myanmar. Pada tahun 1812, sebahagian pasukan Chin Byan dilumpuhkan oleh British. Pada tahun 1815, Chin Byan meninggal dunia. Faktor yang menyebabkan perang ini juga disebabkan oleh keengganan Myanmar mengadakan hubungan diplomatik dengan British. Walaupun terdapat Residen-residen British yang dilantik, tetapi sikap pemerintah Myanmar telah mengecewakan mereka. Akhir sekali, campur tangan Myanmar di Assam turut menyebabkan meletusnya perang ini. Myanmar telah menggunakan kesempatan untuk menjajah Assam apabila berlakunya huru-hara di situ. Myanmar kemudian mara ke Manipur dan seterusnya. British bimbcang lalu pada 5 Mac 1824 mengisytiharkan perang ke atas Myanmar.

Peperangan ini ditamatkan dengan Perjanjian Yandabo yang ditandatangano pada 24 Februari 1826. Melalui perjanjian ini, Myanmar bersetuju menyerahkan Assam, Arakan dan Tenasserim kepada British. Myanmar juga bersetuju tidak campur tangan di Cacar, Manipur dan Janitia. Di samping itu, Myanmar akan menerima seorang wakil British bertempat di Rangoon. Myanmar juga akan membayar ganti rugi sebanyak $5 juta kepada British. Perhubungan diplomatik antara mereka juga diwujudkan dengan Myanmar menghantar seorang duta ke Calcutta. Myanmar juga bersetuju hendak berundingkan berkenaan dengan perjanjian perdagangan dengan British pada masa akan datang.

Walaupun Myanmar kalah dalam perang ini, tetapi mereka masih bersikap sombong. Atas beberapa sebab lagi, Perang Inggeris-Myanmar Kedua (1852) telah berlaku. Sebab-sebab ini adalah kegagalan mengadakan hubungan diplomatik dengan Myanmar, sikap anti British orang Myanmar dan layanan buruk ke atas rakyat British dan rakyat Myanmar. John Crawford telah menjadi Residen British pada September 1826. Pada November, beliau cuba mengadakan perjanjian perdagangan tetapi gagal. Crawford berasa kecewa lalu meninggalkan Rangoon. Henry Burney telah menggantikannya pada April 1830. Beliau mendapat kepercayaan dari Bagydaw. Pada tahun 1837, Tharawwaddy membunuh semua ahli keluarga dan pengikut Minthagyi kerana Minthagyi cuba merampas kuasa semasa Bagydaw tidak siuman. Tindakan Burney menghalang Tharawwaddy menyebabkan beliau marah. Tharawwaddy ini memanglah bersikap anti British. Beliau tidak mengakui Perjanjian Yandabo. Beliau menolak penubuhan tapak residensi British di Rangoon tetapi digantikan satu tempat yang mudah banjir di Lembah Sungai Irrawaddy. Pada tahun 1846, Pagan Min menggantikan Tharawwaddy. Beliau merupakan seorang anti British dan kejam. Beliau bersama pegawainya seperti Maung Ok bertindak menganiayai orang British. Pada bulan Julai dan Ogos 1851, Maung Ok menghukum 2 kapten kapal bangsa Inggeris dengan hukuman 1000 rupee kepada dituduh membunuh. Lord Delhoesie bertindak untuk mendesak supaya Maung Ok dipecat. Pada tahun 1852 (Februari), British menuntut ganti rugi sebanyak 1 juta rupee. Apabila tarikh tuntutan tamat, maka pada 1 April 1852, perang ke atas Myanmar diisytiharkan.

Semasa itu, Myanmar masih belum bersedia. Dengan senangnya, Rangoon, Martaban dan Bassain telah dikuasai. Pada November 1852, Pegu dan Prome ditawan. Pada bulan Disember 1852, Major Arthur Purve mengisytiharkan Pegu sebagai sebahagian dari wilayah Britsish seperti Arakan dan Tenaserrim.

Walaupun dua kali kegagalan ditemui tetapi mereka masih tidak sedar. Mereka terus ingin mempertahankan maruah dan mendapat balik semula wilayah yang diambilalih British. Bagi British, memanglah mereka merancang untuk mengambil Myanmar Utara. Maka dengan sebab-sebab lain lagi, Perang Inggeris-Myanamr Ketiga (1885) telah berlaku. Salah satu sebab ialah kegagalan hubungan diplomatik diadakan. Raja Thibaw yang menaiki takhta masih bersikap anti British. Baginda mengadakan hubungan dengan Perancis. Akibatnya, British menarik semula residensinya. Seterusnya, kekacauan di Myanmar Utara turut dijadikan sebab berlaku perang ketiga ini. Raja Thibaw telah membunuh kerabat diraja, sehingga akhirnya pemberontakan berlaku. Selain itu, pemberontakan juga dilakukan oleh suku Syan dan Kachin. Pemberontakan ini menyebabkan kematian saudagar British. Desakan dari saudagar British juga menyebabkan meletusnya perang ini. Para saudagar ingin menjadikan Myanmar Utara sebagai pasaran baru mereka. Selain itu, mereka juga ingin menjalankan perdagangan dengan Yunnan melalui pembukaan jalan Moulmein-Yunnan. Seterusnya, tekanan dari Perancis juga menyebabkan perang ini berlaku. Myanmar mendapatkan bantuan senjata dari Perancis untuk menentang British. Kemuncak hubungan Myanmar-Perancis ialah bila perjanjian di mana seorang konsul Perancis dilantik di Mandalay ditandatangani pada tahun 1885. British amat bimbang. Seterusnya, perubahan pucuk pimpinan di England dari parti liberal ke parti konservatif juga menyebabkan perang ketiga ini berlaku. Akhir sekali, tindakan Myanmar mendenda Syarikat Perdagangan Bombay-Burma (SPBB) juga menyebabkan perang ini berlaku dengan serta-merta. Myanmar mendenda SPBB sebanyak 2.3 juta rupee kerana ia dituduh tidak membayar cukai import, memberi rasuah dan sebagainya. British mendesak agar kes ini diselesaikan melalui orang tengah. Kata dua British tidak disambut. Maka pada 11 November 1885, perang ke atas Myanmar diisytiharkan.

Serangan British tidak mendapat tentangan hebat tentera Myanmar. Raja Thibaw di Mandalay begitu yakin dengan kejayaan yang akan diterima berdasarkan berita yang dipalsukan. Apabila British menawan Ava, Raja Thibaw bersetuju menyerah kalah. Baginda bersama isterinya telah dibuang negeri ke India pada 11 Januari 1886. Penawanan Myanmar Utara bermaksud Dinasti Konbaung telah tamat. Selain itu, pemerintahan beraja di Myanmar juga dihapuskan. Kini, Myanmar menjadi tanah jajahan British dan diletak di bawah Kerajaan India.

Di negeri Thai, hubungan Raja Chulalongkorn dengan British kurang baik. walaupun Thai pada masa itu menjalankan dasar buka pintu tetapi baginda masih mendapat tekanan dari British. Pada tahun 1909, Perjanjian Bangkok telah ditandatangani. Mengikut perjanjian ini, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diserah kepada British. Sebagai balasan, British tidak campur tangan dalam hal-ehwal pentadbiran Thai.

Bagi Perancis, mereka juga memberi tekanan kepada Siam. Perancis ini bergiat di kawasan Indo-China dengan mengadakan tuntutan wilayah. Oleh sebab hubungan Thai dan Perancis dalam keadaan yang genting, maka Raja Chulalongkorn bertindak menyerahkan wilayah yang dituntut. Melalui perjanjian-perjanjian yang diadakan, beberapa wilayah telah diserahkan. Antaranya ialah wilayah di tebing Sungai Mekong (1886), wilayah di Tongking Utara (1888), wilayah di sebelah Timur Sungai Mekong termasuk Luang Prabang (1893) dan wilayah Battambang dan Siemreap (1907). Dengan itu, seluruh Indo-China jatuh ke tangan Perancis.

Sudahpun diketahui Perancis bergiat di Indo-China. Kehadiran Perancis di kawasan ini turut mendapat tentangan. Semasa Maharaja Tu Duc, keadaan anti Kritstian memuncak. Pada tahun 1852, Paderi Augustin Schoeffler dibunuh. Perancis tidak bertindak. Kemudian Paderi Jean-Louis dibunuh. Raja Napoleon III pun bertindak menyerang Vietnam. Pada 1 September 1858, de Genouilly menyerang Tourance. Kemudian, tenteranya mara ke Saigon dan menaklukinya pada 17 Februari 1859. Pada tahun 1862, Maharaja Tu Duc kalah. Satu perjanjian ditandatangani. Menurutnya, 2 wilayah Timur Cochin-China diserah kepada Perancis. Pelabuhan Tourance, Balat dan Kuang Anh dibuka kepada Perancis; kapal Perancis dibenarkan belayar di Sungai Mekong dan mubaligh dibenarkan menyebarkan agama Kristian.

Seterusnya, Perancis meminta Raja Napoleon dari Kampuchea membayar ufti kepadanya. Siam menentang. Pada tahun 1867, perjanjian ditandatangani bagi menyelesaikan masalah ini. Mengikut perjanjian, Perancis mengaku kedaulatan Siam di Battambang dan Siem Reap. Manakala Siam menarik semula tuntutannya. Kampuchea menjadi negeri naungan Perancis.

Perluasan kuasa tidak berhenti di situ. Perancis kemudian mengilhakan kawasan Tongking. Pada tahun 1873, Perancis merampas Hanoi dan lain-lain kubu seperti Haiphong dan Ninh Binh. Seterusnya pada tahun 1882, Kapten Henry Riviere menyerang dan merampas Hanoi. Pada tahun 1883, Tongking dikuasai. Maharaja Hiep Hoa bersetuju berdamai. Satu perjanjian ditandatangani. Menurutnya, Vietnam menjadi negeri lindungan Perancis, Binh Thuan diserahkan kepada Perancis dan Vietnam menarik balik semua angkatannya di Tongking.

Selepas itu, Perancis menaruh minat terhadap Laos. Pada tahun 1886, Perancis menuntut kawasan sebelah Timur Sungai Mekong termasuk Luang Prabang. Perancis melantik Auguste Pavie sebagai Naib Konsular di Luang Prabang. Siam telah membantu pemberontak Cina yang melarikan diri ke Sip Song Chu Thai, sementara itu, Auguste Pavie membantu Raja Luang Prabang menentang pemberontak itu. Pada tahun 1888, Auguste mengambilalih Sip Song Chu Thai. Raja Luang Prabang ditabal semula. Pada tahun 1892, Auguste menjadi Residen Menteri di Bangkok. Beliau mendakwa wilayah sebelah Barat Mekong sebagai hak Perancis. Siam tidak mengakuinya. Pada tahun 1893, 2 kapal Perancis tiba di Paknam tetapi dibedil oleh Siam. Kapal ini berjaya mengalahkan Siam dan terus belayar ke Bangkok. Siam bersetuju berdamai dan menyerahkan wilayah Barat Sungai Mekong. Siam juga bersetuju mengundurkan tenteranya dari Battambang dan Siem Reap. Wilayah itu disatukan menjadi Laos, manakala Luang Prabang dikekalkan sebagai negeri naungan di bawah rajanya.

Dasar campur tangan yang diamalkan oleh kuasa Barat ini menyebabkan banyak negara di rantau Asia Tenggara dikuasai oleh kuasa Barat sama ada melalui perjanjian ataupun peperangan. Kehadiran kuasa Barat telah menimbulkan pelbagai perubahan. Perubahan ini telah menjejaskan kepentingan pembesar tempatan. Lalu, ramai daripada mereka telah bangun memberontak.

oleh SP Star

Perang Inggeris -China 1 ( Perang Candu 1 )

Perang Candu 1839-1842

Pengenalan
Peperangan British-China 1839-1842 juga dikenali sebagai Perang Candu I. Peperangan ini merupakan titik peralihan dalam sejarah moden negeri China kerana selepas peperangan ini, khususnya selepas termeterai Perjanjian Nanking pada 29 Ogos 1842, China terpaksa menamatkan dasar isolasi dan seterusnya mengadakan hubungan dengan kuasa-kuasa barat. Orang Cina menganggap peperangan ini berlaku kerana masalah candu. Orang-orang barat pula menganggap peperangan ini berlaku kerana masalah politik, ekonomi dan sosial yang berkaitan dengan hubungan diplomatic, perdagangan bebas dan sistem keadilan. Masalah candu hanya merupakan faktor sampingan yang mempercepatkan peperangan. Ramai ahli sejarah mendakwa peperangan ini berlaku akibat pertembungan dua kebudayaan.

Sebab-sebab
1. Hubungan Diplomatik
Ahli-ahli sejarah seperti Fairbank, Edgar Holt dan Soothills menganggap keengganan China untuk mewujudkan hubungan diplomatik atas dasar sama taraf dengan kuasa-kuasa barat menjadi sebab utama berlakunya Perang Candu Pertama. Orang-orang Cina menganggap China sebagai “Middle Kingdom” atau “Chung Koa” yang lebih bertamadun. Maharaja China dianggap sebagai anak syurga dan pemerintah universal. Orang-orang asing dianggap sebagai orang gasar atau barbarian atau fan kwae, iaitu hantu-hantu asing yang tidak bertamadun. Kedatangan orang asing dianggap sebagai kehadiran wakil-wakil negara pembayar ufti yang mahu tunduk di bawah kekuasaaan China. Dasar ini tidak dipersetujui oleh orang-orang barat, terutamanya British kerana mereka mengamalkan konsep persamaan taraf, lebih-lebih lagi selepas termeterainya Perjanjian Westphalia 1648 antara negara-negara Eropah yang menegaskan hubungan antara negara mesti dijalankan atas dasar sama taraf, tidak kira negara itu kecil atau besar.
Sebelum Perang Candu, China tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian dengan kuasa-kuasa barat kecuali dua perjanjian mengenai sempadan dengan Rusia, iaitu Perjanjian Nerchinsk 1689 dan Perjanjian Kiachta 1727. Usaha-usaha British untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan China gagal kerana China tidak dapat menerima konsep persamaan taraf yang diamalkan oleh British. Antara utusan British yang dihantar ke negeri China ialah utusan Lord Macartney 1793, utusan Lord Amherst 1816 dan utusan Napier 1834. Faktor utama yang menggagalkan utusan tersebut ialah masalah “kow tow” (adat menyembah raja) yang dikenakan ke atas utusan-utusan tersebut.
Orang-orang barat tidak boleh mengadakan hubungan secara langsung dengan Kerajaan China. Hubungan mesti dijalankan melalui sebuah badan iaitu “cohong” yang ditubuhkan pada 1720. Keengganan China untuk mewujudkan hubungan diplomatik atas dasar sama taraf telah menyebabkan kuasa-kuasa barat terutamanya British terpaksa mengambil tindakan secara kekerasan. Edgar Holt dalam bukunya “The Opium Wars in China” menegaskan “the opium war was fought to end forever China’s assumption of superiority to all other nations”.
Pembubaran monopoli perdagangan China Syarikat Hindia Timur British pada tahun 1833 telah menyebabkan ramai pedagang British datang ke negeri China. Untuk melindungi mereka, seorang penguasa perdagangan atau Taipan telah dilantik di Canton. Penguasa perdagangan yang pertama dilantik pada Mac 1834 ialah Lord Napier. Kegagalan untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan China telah mengecewakan beliau sehingga meninggal dunia di Macau pada Oktober 1834. beliau digantikan oleh L.V. Davies pada tahun 1835. L.V. Davies juga gagal mewujudkan hubungan diplomatic dengan China dan terpaksa bersara pada 1837. Beliau digantikan oleh GeorgeBest Robinson. Robinson juga menerima nasib yang sama sehingga terpaksa bersara pada 1839 dan digantikan oleh Charles Elliot. Semasa Charles Elliotlah berlaku Perang Candu 1839-1842.
2. Perdagangan bebas
Christopher Hibbert dalam bukunya “The Dragon Wakes” dan Kenneth Scott Latourette dalam bukunya “A History of Modern China” menegaskan masalah perdagangan bebas khususnya sekatan China ke atas perdagangan asing merupakan faktor utama berlakunya Perang Candu I 1839-1842. Dewasa itu, British mengamalkan dasar perdagangan bebes yang menganggap mereka berhak berdagang di mana sahaja dan dengan siapa sahaja. Akibat perkembangan Revolusi Perusahaan, British memerlukan negeri China sebagai pasaran kepada barang-barang keluaran industri mereka serta untuk mendapatkan bahan mentah terutamanya teh dan sutera. Bagi British, perdagangan dianggap sebagai hak manakala China menganggapnya sebagai keistimewaan yang diberi dan boleh ditarik balik jika difikirkan perlu.
China bersikap anti perdagangan asing. Mereka menganggap perdagangan asing tidak penting kerana keperluan dalam negeri khususnya makanan mencukupi disebabkan pertanian merupakan punca utama ekonomi China. Dalam susunlapis masyarakat China, peniaga/pedagang merupakan golongan yang terendah dan kegiatan perdagangan atau perniagaan sebagai pekerjaan yang hina. Malah orang-orang Cina yang berdagang dengan orang-orang asing dianggap sebagai pengkhianat. Akibat daripada itu, China telah mengenakan pelbagai sekatan ke atas perdagangan asing. Sekatan-sekatan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati pedagang-pedagang asing.
Mengikut perintah diraja 1757 yang dikeluarkan oleh Maharaja Chien Lung, pedagang-pedagang asing hanya dibenarkan berdagang di Canton. Pedagang-pedagang asing di Canton telah dikenakan pelbagai sekatan. Mereka hanya dibenarkan berada di Canton dalam musim perdagangan dari bulan Oktober hingga Januari. Di luar musim perdagangan, pedagang-pedagang asing dikehendaki meninggalkan Canton. Untuk menjamin mereka tidak menetap di Canton, pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan membawa keluarga mereka. Keluarha mereka mesti ditinggalkan di Macau (wilayah Portugis). Mereka juga tidak boleh bergerak bebas kecuali pada 8, 18 dan 28 hari bulan tiap-tiap bulan dalam musim perdagangan. Selain itu, pedagang-pedagang asing tidak boleh berdagang secara langsung dengan orang Cina. Perdagangan mesti dijalankan melalui cohong yang dianggotai oleh 13 pegawai dan ketuanya bergelar Hoppo. Cohong mempunyai kuasa penuh dalam perdagangan asing seperti memberi kebenaran berdagang, kebenaran menggunakan sungai, menetapkan harga dan cukai, menentukan jenis perdagangan dan sebagainya. Malah hubungan antara orang asing dengan Kerajaan China mesti dijalankan melalui cohong.
Pedagang-pedagang asing mahu berdagang di bahagian-bahagian lain di China selain di Canton. Mereka mahu berdagang secara bebas dan mendapatkan harga yang berpatutan bagi barang-barang China. Tindakan cohong mengenakan cukai dan harga yang tinggi serta tidak tetap menimbulkan perasaan tidak puas hati pedagang-pedagang asing. Sekatan China ke atas pedagang asing telah menyebabkan peperangan tidak dapat dielakkan antara British yang merupakan negara progresif, perindustrian dan kapitalis dengan China yang merupakan negara pertanian, tidak progresif dan bersikap anti perdagangan asing.
3. Sistem keadilan
Dari segi sosial, timbul masalah keadilan kerana konsep keadilan China berbeza dengan konsep keadilan British. Kerajaan China telah mengeluarkan arahan supaya semua orang asing yang berada di China mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan di China. Arahan ini tidak dipersetujui oleh pedagang asing kerana mereka menganggap undang-undang China sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. Contohnya, pada 1784, seorang anak kapal “Lady Hughes” telah dijatuhkan hukuman dicekik sampai mati kerana kesalahannya membunuh secara tidak sengaja seorang rakyat China semasa upacara kehormatan di Whampoa. Hukuman yang sama juga dikenakan kepada Terranova iaitu anak kapal “Emily” pada 1821. Pada 12 Julai 1839, 3 orang British yang mabuk telah membunuh seorang rakyat China iaitu Lin Wei Hsi. Pesuruhjaya Tinggi China di Canton, Lin Tse Hsu telah mengarahkan penguasa perdagangan British Charles Elliot menyerahkan ketiga-tiga orang British yang terlibat dalam pembunuhan tersebut kepada pihak China untuk diadili. Charles Elliot yang menyedari hukuman yang akan dijatuhkan enggan menyerahkan mereka. Sebaliknya beliau membicarakan mereka dan menjatuhkan hukuman penjara. Tindakan Charles Elliot sudah tentu menjejaskan hubungan antara British dan China
Mengikut undang-undang China, seseorang yang dituduh melakukan kesalahn tetap bersalah sehingga beliau dapat membuktikan dirinya tidak bersalah. Mengikut undang-undang British pula, seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak bersalah sehingga pihak pendakwa dapat membuktikan beliau bersalah. China mengamalkan undang-undang kumpulan dan tanggungjawab ketua. Mengikut undang-undang kumpulan, jika seseorang melakukan kesalahan, semua anggota dalam kumpulannya bertanggungjawab dan boleh dijatuhkan hukuman. Mengikut undang-undang tanggungjawab ketua, sekiranya anak buah melakukan kesalahan ketuanya juga bertanggungjawab dan juga boleh dijatuhkan hukuman. Undang-undang ini tidak dipersetujui oleh British kerana mereka mengamalkan undang-undang tanggungjawab individu. Hanya mereka yang melakukan kesalahan bertanggungwab di atas kesalahannya dan boleh dijatuhkan hukuman. Di negeri China, tidak ada perbezaan antara undang-undang dan perintah. Perintah pegawai lebih-lebih lagi perintah maharaja sudah dianggap sebagai undang-undang yang mesti dilaksanakan.
4. Masalah candu
Perdagangan antara British dan China tidak seimbang. British memerlukan barang-barang China terutamanya teh dan sutera tetapi China tidak memerlukan barang-barang British. Akibatnya banyak wang British mengalir ke negeri China.
1780-1790 14 juta taels
1790-1800 26 juta taels
Keadaan ini sudah tentu memberi bebanan ekonomi kepada British. Untuk mengimbangi perdagangan, British membawa masuk candu dari India dan Turki sejak 1773.
Sebelum 1720 200 peti candu setahun
Sebelum 1750 400 peti candu setahun
Sejak 1773 1000 peti candu setahun
1800 4500 peti candu setahun
1810 10000 peti candu setahun
1820 20000 peti candu setahun
1830 30000 peti candu setahun
1837-1840 40000-60000 peti candu setahun
Kemasukan candu telah menjejaskan negeri China dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik berlaku ketidakcekapan dalam pentadbiran, rasuah serta penyelewengan kerana ramai pegawai kerajaan telah menjadi penagih candu. Dari segi ekonomi banyak wang China mengalir keluar kerana mengimport candu. Nilai import candu telah melebihi nilai eksport barang-barang lain. Keadaan ini sudah tentu memberi bebanan ekonomi kepada Kerajaan China. Dari segi sosial, timbul masalah kesihatan dan keruntuhan akhlak kerana ramai rakyat China menjadi penagih candu. Untuk mengatasi masalah ini, beberapa arahan telah dikeluarkan oleh Maharaja Chien Lung (1736-1796), Maharaja Chia Ching (1796-1820) dan Maharaja Tao Kuang (1820-1850) mendesak pedagang-pedagang asing menghentikan perdagangan serta penyeludupan candu. Arahan ini tidak mendapat layanan pedagang-pedagang asing dan mereka enggan menghentikan perdagangan candu yang amat menguntungkan mereka.
Pada 1 Mac 1839 Maharaja Tao Kuang telah melantik Lin Tse Hsu sebagai Pesuruhjaya Tinggi China di Canton dengan tugas khas untuk menghapuskan perdagangan, penyeludupan dan penggunaan candu. Beliau tiba di Canton pada 10 Mac 1839. Pada 18 Mac 1839, beliau mengeluarkan arahan mendesak pedagang-pedagang asing menghentikan perdagangan serta penyeludupan candu, menyerahkan candu kepada pihak China untuk dimusnahkan dan menandatangani surat sumpah tidak akan menjalankan perdagangan dan penyeludupan candu. Bila arahannya tidak mendapat layanan, Lin Tse Hsu telah mengepung 350 orang pedagang asing yang kebanyakannya terdiri daripada pedagang British termasuk penguasa perdagangan Charles Elliot di Canton. Apabila terdesak, Charles Elliot telah mengarahkan pedagang-pedagang asing menyerahkan candu kepada pihak China. Sebanyak 20283 peti candu diserahkan dan dimusnahkan oleh pihak China. Peristiwa inilah yang memulakan peperangan antara British dengan China. Setiausaha Luar British, Lord Palmestone telah menjadikan peristiwa candu sebagai alasan menyerang China. Ahli-ahli sejarah menganggap masalah candu hanya merupakan faktor segera yang mempercepatkan Perang Candu I. W.E. Soothills dalam bukunya “China and the west” menegaskan “opium was the accidental cause”.

Peristiwa peperangan
British mengisytiharkan perang ke atas China pada 31 Januari 1840. Angkatan British diketuai oleh Charles Elliot dan Laksamana George Elliot. Mereka telah menyerang Canton, Amoy, Foochow dan Pulau Chu Shan. Kemaraan tentera British membimbangkan China menyebabkan mereka bersetuju mengadakan rundingan. China diwakili oleh Chi Shan dan British diwakili oleh Charles Elliot. Hasil daripada rundingan tersebut, Konvensi Chuenpi ditandatangani pada 20 Januari 1841. Syarat-syaratnya :
1. Hong Kong Diserahkan kepada British.
2. China dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak 6 juta taels ke atas candu yang dimusnahkan oleh pihak China.
3. Hubungan antara British dengan China mesti dijalankan atas dasar sama taraf.
4. Canton dibuka semula kepada pedagang asing.
Konvensi Chuenpi tidak diterima oleh Setiausaha Luar iaitu Lord Palmestone dan Maharaja Tao Kuang. Akibatnya peperangan antara British dan China berterusan. Pada Ogos 1841, Henry Pottingger menggantikan Charles Elliot. Di bawah Henry Pottingger angkatan British menyerang Canton, Amoy, Foochow, Ningpo, Shanghai dan Chinkiang. Pada 9 Ogos 1842 mereka menyerang Nanking dan berjaya memusnahkannya pada 14 Ogos 1842. Kejatuhan Nanking membimbangkan China menyebabkan mereka bersetuju mengadakan rundingan. Rundingan diadakan di atas kapal perang British Cornwallis sejak 20 Ogos 1842. China diwakili oleh Ki Ying, Nieu Chien dan Illippi. British diwakili oleh Henry Pottingger. Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian Nanking telah ditandatangani pada 29 Pgos 1842. Syarat-syarat perjanjian ialah :
1. Hong Kong diserahkan kepada British.
2. China bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 21 juta taels, iaitu 12 juta taels ganti rugi peperangan, 6 juta taels ganti rugi ke atas candu yang dimusnahkan oleh China dan 3 juta taels hutang cohong kepada pedagang-pedagang British.
3. Sistem monopoli cohong dalam perdagangan asing dihapuskan.
4. China membuka 5 pelabuhannya kepada pedagang asing iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai.
5. Konsul British akan ditempatkan di setiap pelabuhan perjanjian.
6. Pedagang-pedagang asing bebas berdagang sepanjang tahun di pelabuhan-pelabuhan perjanjian.
7. Hubungan antara British dengan China akan dijalankan atas dasar sama taraf.
8. Sistem cukai yang tetap dan adil akan dilaksanakan.
9. Sebarang pindaan ke atas syarat perjanjian perlu dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
10. Selepas perjanjian ini, sekiranya China memberi sebarang keistimewaan kepada kuasa-kuasa lain, maka British berhak menikmatinya.

Kesan-kesan
1. Merugikan China
Perjanjian Nanking yang ditandatangani pada 29 Ogos 1842 amat merugikan pihak China. China bukan sahaja terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada British, malah dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak 21 juta taels kepada British, iaitu 12 juta taels untuk ganti rugi peperangan, 6 juta taels untuk ganti rugi ke atas candu yang dimusnahkan oleh pihak China dan 3 juta taels hutang cohong kepada pedagang-pedagang British. Selain itu, China juga terpaksa membuka 5 pelabuhannya kepada pedagang asing, iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai.
2. Menguntungkan British
Di pihak lain, Perjanjian Nanking amat menguntungkan British. Pihak British bukan sahaja mandapat Hong Kong, malah dibayar ganti rugi sebanyak 21 juta taels yang terdiri daripada 12 juta taels untuk ganti rugi peperangan, 6 juta taels untuk ganti rugi ke atas candu yang dimusnahkan oleh pihak China dan 3 juta taels hutang cohong kepada pedagang-pedagang British. Pada masa yang sama, pedagang-pedagang British juga dibenarkan berdagang sepanjang tahun di pelabuhan-pelabuhan yang dibuka untuk pedagang asing iaitu Amoy, Foochow, Canton, Ningpo dan Shanghai. Di samping itu, China juga menjadi pasaran kepada barangan keluaran industri barat serta tempat untuk mendapatkan bahan mentah terutamanya the dan sutera.
3. Perjanjian
Perjanjian Nanking menandakan permulaan kepada termeterainya perjanjian-perjanjian lain antara China dengan kuasa-kuasa barat. Perjanjian Bogus ditandatangani pada 8 Oktober 1843 dengan British yang diwakili oleh Henry Pottingger. Perjanjian Bogus menetapkan cukai import dan eksport sebanyak 5%. Perjanian tersebut juga memberi keistimewaan-keistimewaan tambahan kepada British seperti “Hak Wilayah Asingan” dan “layanan negara yang diutamakan”. Perjanjian Wanghsia ditandatangani pada 3 Julai 1844 dengan Amerika yang diwakili oleh Caleb Kushing. Perjanjian Wanghsia memberi keistimewaan kepada Amerika seperti yang dinikmati oleh British. Perjanjian Whampoa ditandatangani pada 24 Oktober 1844 dengan Perancis yang diwakili oleh Theodore da Lagrini. Perjanjian tersebut memberi keistimewaan kepada Perancis seperti yang dinikmati oleh British dan Amerika. Selain itu, Perancis juga dibenarkan menyebarkan agama Kristian serta mendirikan gereja di pelabuhan-pelabuhan perjanjian. Pada 20 Mac 1847, China menandatangani perjanjian dengan Norway dan Sweden.
4. Cohong
Perjanjian Nanking telah menamatkan sistem monopoli cohong dalam perdagangan asing. Pedagang-pedagang asing bebas menjalankan perdagangan secara langsung dengan pihak China. Sebelum Perang Candu, pedagang-pedagang asing terpaksa berdagang melalui cohong yang mempunyai kuasa penuh dalam perdagangan asing seperti memberi kebenaran berdagang, menetapkan cukai dan sebagainya.
5. Persamaan taraf
Buat pertama kalinya China terpaksa menerima konsep persamaan taraf dalam hubungannya dengan kuasa-kuasa barat. Sebelum Perang Candu, orang-orang Cina menganggap negeri China sebagai “Middle Kingdom” atau “Chung Koa” yang lebih bertamadun. Orang-orang asing merupakan Barbarian yang tidak bertamadun.
6. Tidak menyelesaikan masalah
Perjanjian Nanking hanya menamatkan peperangan antara British dengan China tetapi tidak menyelesaikan masalan dalam hubungan antara mereka. Hubungan natara mereka tetap runcing sehingga mengakibatkan perang yang kedua pada 1856-1860 yang dikenali sebagai Perang Candu Kedua atau Perang Arrow.
7. Candu
Orang-orang Cina mendakwa perjanjian tersebut berlaku kerana masalah candu. Walau bagaimanapun dalam Perjanjian Nanking, tidak terdapat syarat yang berkaitan dengan perdagangan Candu. Candu terus dibawa masuk dengan kadar yang lebih banyak.
1843 – 33000 peti
1848 – 46000 peti
1850 – 52929 peti
Kemasukan candu menjejaskan China dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik, berlaku ketidakcekapan dalam pentadbiran, rasuah serta penyelewengan kerana ramai pegawai kerajaan telah menjadi penagih candu. Dari segi ekonomi, banyak wang China mengalir keluar kerana mengimport candu. Nilai import candu telah melebihi nilai eksport barang-barang lain. Keadaan ini sudah tentu memberi bebanan ekonomi kepada Kerajaan China. Dari segi sosial, timbul masalah kesihatan dan keruntuhan akhlak kerana rakyat China telah menjadi penagih candu. Desakan China supaya British menghentikan perdagangan candu dan keengganan British untuk mematuhi arahan China telah meruncingkan hubungan antara mereka.
8. Perkembangan perdagangan
Pembukaan 5 pelabuhan China kepada pedagang asing serta keistimewaan-keistimewaan yang diberi telah mengakibatkan perkembangan perdagangan asing di China. Negeri China telah menjadi pasaran barang-barang keluaran industri barat serta tempat untuk mendapatkan bahan mentah terutamanya teh dan sutera. Perkembangan perdagangan terbukti daripada pertambahan nilai eksport. Contohnya, eksport teh pada 1850 telah meningkat ₤100 juta.
9. Krisis ekonomi
Perang Candu telah menyebabkan negeri China mengalami krisis ekonomi. China terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi peperangan serta bayaran ganti rugi. Kemasukan barang-barang barat telah menjejaskan pasaran barang-barang tempatan. Akibatnya, banyak industri tempatan terpaksa ditutup. Kemasukan candu meruncingkan lagi masalah ekonomi negeri China. Bagi mengatasi masalah ekonomi, China telah marayu supaya British mengurangkan bayaran ganti rugi. Keengganan British untuk berbuat demikian telah menjejaskan hubungan antara mereka.
10. Pengaruh barat
Pembukaan pelabuhan China kepada orang asing telah mengakibatkan kemasukan pengaruh barat. Ramai rakyat China terutamanya golongan muda di pelabuhan-pelabuhan perjanjian telah terpengaruh dengan budaya barat. Selain itu, berlaku perkembangan agama Kristian di pelabuhan-pelabuhan perjanjian.
11. Menjatuhkan maruah Manchu
Buat pertama kalinya China telah dikalahkan oleh kuasa-kuasa barat. Kekalahan ini telah menjatuhkan maruah negeri China serta menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap pemerintahan Dinasti Manchu. Kekalahan ini mendedahkan kelemahan Manchu sehingga mengakibatkan bertambahnya gerakan anti-Manchu, terutamanya di wilayah selatan. Antara gerakan anti-Manchu ialah Pemberontakan Taiping, Pemberontakan Nien dan Pemberontakan Muslim.
12. Permulaan kepada bertapaknya kuasa asing
Perjanjian Nanking menandakan permulaan kepada bertapaknya kuasa asing di China. Mengikut perjanjian ini, 5 pelabuhan China dibuka kepada pedagang asing, iaitu Amoy, Ningpo, Shanghai, Foochow dan Canton. Seterusnya dalam perjanjian Tientshin pada 26 Jun 1858, 11 lagi pelabuhan China dibuka kepada perdagangan asing iaitu Newchwang, Tungchow, Chefoo, Chinkiang, Hankow, Kiukiang, Swatow, Tainan, Tanshui, Kiungchow dan Nanking.
13. Dasar isolasi
Selepas Perjanjian Nanking ditandatangani, China terpaksa menamatkan dasar isolasinya yang diamalkan selama ini. Sejak itu, China mula melaksanakan dasar buka pintu kepada orang-orang asing yang kebanyakannya terdiri daripada pedagang.
14. Penghijrahan
Selepas Perang Candu, ramai rakyat China mula berhijrah ke seberang laut, terutamanya ke Asia Tenggara. Penghijrahan rakyat China semakin hebat bila British menjalankan perdagangan kuli bagi memenuhi keperluan tenaga buruh di Asia Tenggara. Orang-orang sanggup berhijrah kerana mereka telah hilang keyakinan terhadap Kerajaan Manchu serta untuk melarikan diri daripada penderitaan di negeri China.
15. Pengajaran
Buat pertama kalinya China terpaksa menerima hakikat bahawa kuasa-kuasa barat lebih superio daripada China. Sarjana-sarjana China telah mencadangkan supaya China meniru teknik-teknik barat dalam usaha untuk menguatkan negeri China. Contohnya Wei Yuan dalam bukunya “Hai Koa Tu Chih” mencadangkan supaya China meniru teknik-teknik barbarian dalam usaha untuk mengalahkan barbarian. Pendapat ini disokong oleh sarjana-sarjana lain seperti Liang Ting Nan dalam bukunya “Ro Chung Kao Shuo” dan “I Fen Chi Wan” dan Hsu Chi Yu dalam bukunya “Ying Huan Chih Luah”.

Raja Mongkut ( Rama IV )

Mongkut

Pengenalan
Somdeth Phra Paraminda Maha Mongkut atau Phra Chom Klau lebih dikenali sebagai Mongkut adalah putera yang ke-43 Raja Rama II yang dilahirkan pada 18 Oktober 1804. Apabila saudaranya putera Jeetha dilantik sebagai Raja Rama III pada tahun 1824, Mongkut menjadi sami selama 27 tahun dari tahun 1824 hingga 1851. Pengalaman baginda sebagai seorang sami telah membolehkan baginda mengetahui kehidupan rakyatnya serta Tamadun Barat. Pergaulannya dengan mubaligh-mubaligh Barat seperti Bishop Pallegoire, Reverend Caswel, Reverend Bradley dan Dr. House telah membolehkan baginda mempelajari ilmu-ilmu Barat seperti Fizik, Kimia, Geografi, Matematik, Astronomi, Bahasa Latin, Bahasa Inggeris serta sistem kerajaan negara-negara Barat. Mongkut merupakan Raja Asia pertama yang dapat menulis dan membaca dalam Bahasa Inggeris. Apabila Raja Rama III mangkat, Mongkut dilantik menjadi Raja Rama IV pada 3 April 1851.

Pembaharuan
Mongkut menyedari pembaharuan berdasarkan idea Barat amat penting bagi menyelamatkan kemerdekaan Siam. Baginda juga sedar Siam perlu menyesuaikan diri dengan perkembangan politik di Asia Tenggara agar kemerdekaan Siam dapat dikekalkan. Mongkut juga perlu membuktikan Siam merupakan negara progresif dan liberal bagi mengurangkan campur tangan asing dalam hal-ehwal Siam. Pembaharuan berdasarkan idea Barat juga dapat meninggikan taraf hidup rakyat Siam. Oleh itu, Mongkut telah mengadakan beberapa pembaharuan dalam politik, ekonomi dan sosial.
1. Politik
Mongkut manaiki takhta semasa kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba dapatkan tanah jajahan di Asia Tenggara. Sebagai contoh, British di Myanmar dan Tanah Melayu, Perancis di Indo-China, Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia. Mongkut menyedari kuasa-kuasa Barat lebih superior daripada kuasa-kuasa Timur. Pengalaman Myanmar, China dan Vietnam menyedarkan Mongkut akibat buruk sekiranya kuasa Timur cuba menentang kuasa Barat. Oleh itu, Mongkut telah mengambil beberapa langkah dalam usaha untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan politik di Asia Tenggara bagi menjamin kemerdekaan Siam. Baginda telah melaksanakan beberapa pembaharuan politik terutamanya dalam hubungan Siam dengan kuasa-kuasa Barat. Mongkut telah menamatkan dasar isolasi (tutup pintu) yang diamalkan oleh raja-raja Siam sebelumnya. Sebaliknya, baginda melaksanakan dasar buka pintu kepada orang-orang Barat terutamanya pedagang-pedagang. Orang Barat dibenarkan berdagang di Siam dengan diberi pelbagai keistimewaan. Mongkut mengambil langkah ini kerana baginda menyedari sekiranya Siam meneruskan dasar isolasi, kuasa-kuasa Barat akan membuka Siam secara paksa seperti yang berlaku di China, Myanmar dan Vietnam. Mongkut mula menerima perwakilan asing yang dihantar ke Siam. Sebagai contoh, perwakilan British yang diwakili oleh Harry Parkes dan James Brooke dan perwakilan Amerika yang diketuai oleh Joseph Ballestier. Selain itu, Mongkut juga menghantar perwakilan Siam ke negara-negara Barat. Sebagai contoh, pada Ogos 1857, satu perwakilan Siam yang diketuai oleh Chao Phraya Mantri Sri Suryawongse telah dihantar ke England.
Dalam usaha untuk mewujudkan hubungan baik dengan kuasa-kuasa Barat, Mongkut telah menandatangani beberapa perjanjian dengan mereka. Perjanjian pertama ditandatangani dengan British pada 18 April 1855 yang dikenali sebagai Perjanjian Bowring. Seterusnya, Siam menandatangani perjanjian dengan Amerika pada tahun 1856, Perancis 1856, Denmark 1858, Portugis 1859, Holand 1860, Prussia 1862, Belgium, Norway, Itali, Sweden 1868. Mengikut perjanjian-perjanjian tersebut, kuasa-kuasa Barat telah diberi pelbagai keistimewaan di Siam. Selain kebenaran berdagang, mereka dibenarkan mendirikan konsul, mendapat hal wilayah asingan, menyebar agama Kristian, membeli/menyewa tanah di sekitar Bangkok, berlabuh di semua pelabuhan Siam dan sebagainya.
Untuk menyusun semula pentadbiran Siam mengikut sistem pentadbiran Barat, Mongkut telah mengambil 80 orang pegawai Barat. Mongkut mengambil pegawai-pegawai negara Barat dan ditempatkan di pelbagai jabatan. Secara umumnya, British diberi tugas untuk menguruskan hal-hal pendidikan, kewangan, polis dan pelabuhan, Amerika dalam perkhidmatan kastam, Perancis serta Itali dalam ketenteraan. Mongkut mengambil pegawai-pegawai dari pelbagai negara Barat supaya tidak ada sebuah kuasa yang mempunyai pengaruh terlalu kuat di Siam. Akibatnya pegawai yang banyak memberi sumbangan semasa pemerintahan Mongkut ialah Anna Leonowens, Robert Marrant dan Major Gerini.
Mongkut banyak bertolak ansur dalam hubungannya dengan kuasa-kuasa Barat. Walaupun tolak ansur tersebut merugikan Siam tetapi tindakan Mongkut telah menyelamatkan kemerdekaan Siam. Sebagai contoh, bagi mengelakkan perbalahan dengan Perancis, Mongkut sanggup menandatangani Perjanjian Siam-Perancis pada 15 Julai 1867 yang menyerahkan pertuanan Siam ke atas Kampuchea kepada Perancis. Mongkut mengambil langkah ini kerana baginda sedar Siam perlu menyesuaikan diri dengan perkembangan politik di Asia Tenggara bagi menjamin kemerdekaan Siam. Pengalaman Myanmar, Vietnam dan China mengajar Mongkut supaya lebih banyak bertolak ansur dengan kuasa-kuasa Barat. Dasar tolak anasur Mongkut telah diikuti oleh raja-raja Siam selepasnya terutamanya Chulalongkorn yang dilantik sebagai Raja Rama V pada 1 Oktober 1868.
2. Ekonomi
Dasar buka pintu dan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani telah memajukan ekonomi Siam. Kedatangan orang Barat telah membuka Siam kepada perdagangan antarabangsa. D.J. Steinberg dalam bukunya ?In Search of South East Asia? menegaskan bilangan kapal dagangan yang berlabuh di Siam telah meningkat 10 kali ganda semasa pemerintahan Mongkut. Raja Syamananda dalam bukunya ?A History of Thailand? mendakwa pada tahun 1852, hanya terdapat 3 orang pedagang Eropah di Bangkok tetapi pada tahun 1856, 200 buah kapal dagangan asing berlabuh di Siam. Perkembangan ekonomi telah meruntuhkan sistem ekonomi sara diri dan membawa kepada wujudnya sistem ekonomi komersil. Selain itu, sistem ekonomi tukar barang telah digantikan sengan sistem ekonomi wang. Beras, gula dan kayu jati menjadi eksport utama Siam. Eksport beras yang selama ini disekat telah dibenarkan oleh Mongkut. Gula yang menjadi eksport utama Siam ke Eropah telah meningkat 2 kali ganda dari segi pengeluaran dan kawasan tanaman menjelang tahun 1865. Selain itu, nilai import terutamanya tekstil juga telah meningkat. Perkembangan ekonomi berlaku akibat daripada penetapan cukai import sebanyak 3% dan cukai eksport 5%. Dalam tempoh yang singkat, Siam telah menikmati imbangan perdagangan yang memuaskan. Sebagai contoh, eksport Siam bernilai 5.5 juta bath pada tahun 1850 telah meningkat 11 juta bath pada tahun 1870. Manakala nilai import yang berjumlah 4.3 baht pada tahun 1850 telah meningkat 8 juta bath pada tahun 1870. Anna Leonawens dalam bukunya ?The English Governess at the Siamese Court? menegaskan pedagang-pedagang Barat berkerumum ke Bangkok untuk mendirikan kilang beras, gula dan kayu.
Dalam usaha untuk menyusun semula sistem kewangan Siam mengikut sistem kewangan Barat, Mongkut telah menubuhkan Royal Mint pada tahun 1861. pegawai-pegawai Barat terutamanya British telah diberi tugas untuk menguruskan Royal Mint.untuk kepentingan ekonomi, Mongkut telah membina jalan raya, jambatan dan terusan terutamanya untuk menghubungkan kawasan pengeluaran pertanian dengan Menam Chao Phraya. Empat terusan utama yang menghubungkan wilayah-wilayah telah dibina semasa pemerintahan Mongkut. Jalan raya utama di Bangkok yang dikenali sebagai Charun Krung telah dibina pada tahun 1862.
3. Sosial
a. Pelajaran
Mongkut telah memperkenalkan pelajaran Barat terutamanya bahasa-bahasa Eropah dan ilmu sains. Guru-guru dari Barat terutamanya British diberi tugas untuk melaksanakan pelajaran Barat di Siam. Pelajaran Barat hanya diadakan di istana dan hanya terbuka kepada anak-anak golongan bangsawan terutamanya anak-anak raja. Antara guru yang memainkan peranan penting dalam melaksanakan pelajaran Barat di Siam ialah Anna Leonawens dan Robert Warrant. Antara anak raja yang dapat pelajaran Barat dari mereka ialah Chulalongkorn yang dilantik menjadi Raja Rama V pada 1 Oktober 1868.
b. Buruh paksa, hamba, wanita dan kanak-kanak
Mongkut telah berusaha menghapuskan sistem buruh paksa yang dikenali sebagai ?Corvee? dan digantikan dengan sistem buruh bergaji. Mongkut gagal menghapuskan sistem penghambaan di Siam. Walau bagaimanapun, baginda berjaya memperbaiki kehidupan hamba-hamba di mana undang-undang dikeluarkan melarang penyeksaan ke atas hamba-hamba. Mongkut juga berusaha meninggikan taraf wanita dan kanak-kanak. Undang-undang telah dikeluarkan melarang penindasan ke atas wanita dan kanak-kanak. Dalam usaha untuk meninggikan taraf wanita, Mongkut membenarkan isteri-isterinya keluar dari istana dan bekas isteri-isterinya berkahwin semula kecuali mereka yang menjadi ibu kepada putera raja.
c. Adat
Mongkut berusaha menghapuskan adat-adat yang dianggap boleh menghalang kemajuan Siam. Baginda melarang rakyatnya melarikan diri apabila tembung dengan raja. Baginda juga menghapuskan adat yang melarang rakyatnya melihat muka raja. Mongkut telah memecahkan tradisi dengan keluar mengadakan lawatan untuk menemui rakyatnya. Langkah ini membolehkan baginda mengetahui dengan lebih jelas keadaan hidup rakyatnya. Orang-orang asing tidak dipaksa untuk mematuhi adat sujud di hadapan raja. Mereka diberi kebebasan untuk menghormati raja mengikut cara mereka sendiri.
d. Agama
Walaupun Mongkut berpegang teguh kepada ajaran Buddha dan pernah menjadi sami selama 27 tahun, baginda bersikap liberal terhadap agama-agama lain. Baginda membenarkan mubaligh-mubaligh menyebarkan agama Kristian kerana baginda sedar selain menyebarkan agama, mubaligh-mubaligh juga menyebarkan pengetahuan Barat. Pada tahun 1852, sebuah sekolah Kristian telah didirikan di Bangkok.
e. Sistem perhubungan
Untuk memudahkan perhubungan, Mongkut telah membina jalan raya, jambatan dan terusan untuk menghubungkan kawasan pengeluaran pertanian dengan Menam Chao Phraya. Empat terusan utama yang menghubungkan wilayah-wilayah telah dibina semasa pemerintahan Mongkut. Jalan raya yang utama di Bangkok yang dikenali sebagai Charun Krung telah dibina pada tahun 1862.

Kesimpulan
Mongkut yang memerintah Siam dari tahun 1851-1868 merupakan seorang pemerintah yang bijak dan berpandangan jauh. Baginda berjaya menyesuaikan diri dengan perkembangan politik di Asia Tenggara sehingga kemerdekaan Siam dapat dikekalkan. Tolak ansur baginda dengan kuasa-kuasa Barat juga telah menjamin kemerdekaan Siam. Mongkut meninggal dunia pada 1 Oktober 1868 dan digantikan oleh puteranya Chulalongkorn sebagai Raja Rama V. D.G. Hall dalam bukunya ?A History of South East Asia? mendakwa Siam terhutang budi kepada Mongkut jika dibandingkan dengan raja-raja lain kerana dasar yang dimulainya telah menyelamatkan kemerdekaan Siam.


Raja Chulalongkorn ( Rama V )

Chulalongkorn

Pengenalan
Somdeth Phra Paraminda Maha Chulalongkorn adalah putera Mongkut yang dilahirkan pada 20 September 1853. Baginda dilantik sebagai Raja Rama V selepas kemangkatan Mongkut pada 1 Oktober 1868 semasa berumur 15 tahun. Oleh sebab baginda terlalu muda, maka pentadbiran dipangku oleh Chao Phraya Montri Sri Suryawongse. Chulalongkorn mengambil kesempatan ini untuk mengadakan lawatan ke India, Myanmar, Singapura dan Jawa bagi mempelajari sistem pentadbiran Barat. Baginda mendapat pendidikan Barat daripada Anna Leonowens serta Robert Marnant dan terpengaruh dengan idea Anna Leonowens yang menekankan pembaharuan yang lebih luas perlu dilaksanakan di Siam. Chulalongkorn mengambilalih pentadbiran daripada Chao Phraya Montri Sri Suryawongse pada tahun 1873.

Pembaharuan
1. Politik
Seperti Mongkut, Chulalongkorn menaiki takhta pada zaman imperialisme kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia khususnya di Asia Tenggara. Sebagai contoh, British di Myanmar dan Tanah Melayu, Belanda di Indonesia, Sepanyol di Filipina dan Perancis di Indo-China. Chulalongkorn menyedari pembaharuan berdasarkan idea Barat perlu dilaksanakan di Siam dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan Siam. Ahli-ahli sejarah seperti Stainberg, Wilson dan Tate mendakwa Chulalongkorn bertanggungjawab dalam melaksanakan pembaharuan dalam erti kata yang sebenarnya. Baginda telah mempercepatkan dan memperluaskan pembaharuan yang dimulai oleh Mongkut.
Chulalongkorn juga melaksanakan dasar buka pintu kepada orang-orang Barat. Selain mematuhi syarat-syarat perjanjian yang ditandatangani semasa Mongkut, Chulalongkorn juga menandatangani beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat. Sebagai contoh, perjanjian dengan Jerman (1872), Perancis (1893), British (1909) dan sebagainya. Seperti Mongkut, baginda telah memberi pelbagai keistimewaan kepada orang-orang Barat. Dalam menjalankan pentadbiran, Chulalongkorn mengamalkan dasar bertolak ansur dengan kuasa-kuasa Barat. Bagi mengelakkan perbalahan dengan kuasa Barat, Chulalongkorn sanggup menyerahkan wilayah-wilayah Siam kepada mereka. Sebagai contoh, Perancis diserahkan Tongking Utara/Wilayah Sip Song Chu Thai pada tahun 1888, daerah Timur Sungai Mekong (1893), sempadan Laos-Siam (1904) dan Battambang serta Siem Reap (1907). Kepada British pula diserahkan Mongpan dan Kentung (1897) dan Negeri-negeri Melayu Utara (Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu ? 1909). Walaupun tolak ansur Chulalongkorn menyebabkan Siam kehilangan 90000 batu persegi wilayahnya tetapi langkah tersebut telah menyelamatkan kemerdekaan Siam.




Dalam usaha untuk mewujudkan hubungan baik dengan kuasa-kuasa Barat, Chulalongkorn telah mengadakan hubungan dengan pemimpin-pemimpin Barat, contohnya Raja William II (Jerman), Tzar Nicholas II (Rusia), Prince of Wales (England) dan Presiden Lawbet (Perancis). Selain itu, Chulalongkorn juga mengadakan lawatan ke Eropah dan baginda merupakan Raja Siam yang pertama melawat Eropah sebanyak 2 kali, iaitu tahun 1897 dan 1907.
Chulalongkorn meneruskan amalan Mongkut mengambil pegawai-pegawai bagi memodenkan pentadbiran Siam. Secara umumnya, British ditugaskan dalam hal kewangan dan pentadbiran, Perancis dalam undang-undang, Jerman dalam perkhidmatan keretapi, Denmark dalam angkatan laut dan polis wilayah manakala Itali dalam kerja-kerja pembinaan. Tokoh utama yang banyak membantu Chulalongkorn melaksanakan pembaharuan di Siam ialah penasihat amnya berbangsa Belgium, iaitu Rollin Jacquemins.
Bagi memodenkan pentadbiran, Chulalongkorn telah menubuhkan 2 buah majlis pada tahun 1874, untuk menasihatinya dalam pentadbiran. Majlis-majlis tersebut ialah Majlis Penasihat Tertinggi Negeri (MPTN) yang dianggotai oleh golongan bangsawan dan Majlis Penasihat Rendah Negeri (MPRN) yang dianggotai oleh pegawai kerajaan. Chulalongkorn telah berjaya mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang moden pada 1 April 1892. Struktur pentadbiran lama dihapuskan dan digantikan dengan 12 kementerian. Tiap-tiap kementerian diketuai oleh seorang menteri. Antara menterinya ialah Putera Rabi, Putera Damrong dan Putera Dewawongse. Kementerian-kementerian yang ditubuhkan ialah Kementerian Hal-Ehwal dalam Negeri, Kementerian Hal-Ehwal Luar Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Keadilan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Istana, Kementerian Kerajaan Tempatan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Tanah dan Kementerian Pertanian. Mulai tahun 1892, semua hal ehwal pentadbiran diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang diketuai oleh Putera Damrong. Langkah tersebut telah menamatkan autonomi daerah yang dijalankan sejak turun-temurun. Bagi memudahkan pentadbiran juga, negeri Siam telah dipecahbelahkan kepada 18 Monthons, Cangurat, Amphoe dan Tambun.
2. Sosial
a. Keadilan
Chulalongkorn telah berusaha untuk menyusun semula sistem keadilan Siam berdasarkan sistem keadilan Barat dengan bantuan pegawai-pegawai Perancis. Antara tokoh yang bantu Chulalongkorn memodenkan sistem keadilan Siam ialah Rollin Jacquemins Stroebell. Kementerian Keadilan telah ditubuhkan pada tahun 1892 dan diletakkan di bawah Putera Rabi. Pada tahun 1894, sistem Mahkamah Awam dan Jenayah berdasarkan sistem Mahkamah Barat mula dilaksanakan di Siam. Pada tahun 1897, sebuah Suruhanjaya telah dibentuk untuk mengkaji semula sistem keadilan Siam. Pada tahun tersebut juga, sekolah latihan peguam telah didirikan di Bangkok untuk melatih peguam-peguam Siam. Pada tahun 1904, Kod Jenayah berdasarkan Kod Jenayah Barat mula dilaksanakan di Siam. Pada tahun 1908, sebuah mahkamah yang akan melaksanakan sepenuhnya undang-undang Barat telah didirikan di Bangkok. Tujuannya ialah untuk mendesak kuasa-kuasa Barat menghapuskan hak wilayah asingan mereka di Siam.
b. Pelajaran
Pelajaran Barat semakin berkembang semasa pemerintahan Chulalongkorn. Pada tahun 1878, arahan telah dikeluarkan mendesak anak-anak golongan bangsawan dihantar ke istana untuk mendapat pelajaran Barat. Semasa Chulalongkorn, pelajaran Barat bukan sahaja terbuka kepada anak-anak golongan bangsawan tetapi juga anak-anak rakyat biasa, terutamanya selepas penubuhan sekolah harian sejak tahun 1884. selain itu, pelajar-pelajar Siam bukan sahaja mendapat pelajaran Barat di Siam, tetapi juga di seberang laut. Kira-kira 300 pelajar Siam dihantar ke seberang laut tiap-tiap tahun. Untuk memajukan pelajaran, Jabatan Pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1887 dengan bantuan pegawai pelajaran British iaitu Cangbell. Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1892 dan mulai tahun tersebut, maktab-maktab latihan pengurusan didirikan. D.G.E. Hall dalam bukunya ?A History of South East Asia? menegaskan perkembangan pelajaran Barat berlaku kerana terdapat 3 bentuk sekolah yang dikuasai sepenuhnya guru-guru British pada tahun 1890-an. Sekolah-sekolah tersebut ialah Maktab Raja 1878 untuk anak-anak lelaki golongan bangsawan, Sunandalaya 1883 untuk anak perempuan golongan bangsawan dan sekolah harian 1884 untuk anak lelaki kelas pertengahan.
c. Adat
Chulalongkorn telah berusaha menghapuskan adat-adat yang dianggap boleh menghalang kemajuan Siam. Adat sujud di hadapan raja telah dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1873. Sistem buruh paksa atau corvee telah dihapuskan pada tahun 1873 dan digantikan dengan sistem buruh bergaji. Sistem penghambaan mula dihapuskan pada tahun 1874. Mulai tahun tersebut, tidak ada orang yang dilahirkan sebagai hamba. Anak-anak hamba akan jadi rakyat bebas apabila mencapai umur 21 tahun. Sistem penghambaan dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1805.
d. Agama
Walaupun Chulalongkorn beragama Buddha, baginda bersikap liberal terhadap agama-agama lain. Baginda membenarkan penyebaran agama Kristian dan Islam. Akibatnya berlaku perkembangan agama Kristian di sekitar Bangkok dan perkembangan agama Islam di Selatan Siam.
e. Sistem perhubungan
Sistem perhubungan semakin berkembang semasa Chulalongkorn. Banyak jalanraya, terusan dan terusan telah dibina. Jalan keretapi yang pertama dibina pada tahun 1893 untuk menghubungkan Bangkok dengan Paknam. Seterusnya dibina jalan keretapi menghubungkan Bangkok-Ayuthia pada tahun 1897, Bangkok-Korat 1900, Bangkok-Lupburi 1901. Perkhidmatan telegraf bermula pada tahun 1875 dan perkhidmatan pos serta telefon pada tahun 1881.
f. Kesihatan
Chulalongkorn telah mengambil langkah untuk memajukan perkhidmatan kesihatan di Siam. Doktor-doktor dari Barat telah ditugaskan di klinik-klinik dan hospital-hospital yang didirikan oleh Chulalongkorn. Kementerian Kesihatan telah ditubuhkan pada tahun 1892. Sebuah sekolah latihan doctor telah didirikan di Bangkok. Seterusnya didirikan sekolah latihan perbidaan 1897 dan sekolah latihan jururawat 1898.
g. Penjara dan polis
Chulalongkorn telah menyusun semula sistem penjara dan perkhidmatan polis. Usaha-usaha ini dijalankan dengan bantuan pegawai-pegawai British dan Jabatan Polis Imperial Myanmar dan India.
3. Ekonomi
Ekonomi Siam berkembang maju semasa pemerintahan Chulalongkorn. Beras, gula dan kayu jati menjadi eksport utama Siam. Chulalongkorn telah berjaya mewujudkan perbendaharaan Siam yang moden dengan bantuan pegawai-pegawai British. Jabatan Kastam dan Hasil Dalam Negeri telah ditubuhkan pada tahun 1875. Kementerian Kewangan telah diwujudkan pada tahun 1892 dan mulai tahun tersebut, sistem cukai secara langsung telah dilaksanakan. Jabatan Kastam dan Hasil Dalam Negeri telah disusun semula pada tahun 1892. Pada tahun 1896, Chulalongkorn mengeluarkan arahan untuk membaiki perkhidmatan pelabuhan Siam. Sistem audit dan akaun yang teratur telah dilaksanakan dan pada tahun 1901, belanjawan Siam yang pertama berjaya dikeluarkan.
Chulalongkorn menggalakkan perkembangan ekonomi moden di Siam. Bank-bank British mula didirikan antara tahun 1888-1894 dan sebuah bank Perancis didirikan pada tahun 1897. Chulalongkorn juga menggalakkan perdagangan asing di Siam. Akibatnya ramai pedagang Barat datang ke Siam dan semasa Chulalongkorn, perdagangan asing Siam dikuasai oleh pedagang-pedagang British. Chulalongkorn telah menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru untuk tanaman padi bagi tujuan eksport. Dalam usaha untuk menjayakan rancangan ini, baginda telah mengurangkan atau menggantung buat sementara cukai ke atas sawah padi, membina projek-projek pengairan serta membina jalan raya dan jalan keretapi.

Kesimpulan
Chulalongkorn merupakan seorang pemerintah yang bijak dan berpandangan jauh. Baginda telah berjaya menyelamatkan kemerdekaan Siam dalam zaman imperialisme kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk mendapat tanah jajahan di Asia terutamanya di Asia Tenggra. Dasar buka pintu, keistimewaan-keistimewaan yang diberi dan dasar tolak ansur baginda telah mengurangkan campur tangan asing dalam hal ehwal Siam. Pemerintahan baginda selama 42 tahun (1868-1910) telah memperlihatkan pelbagai perubahan berlaku di Siam sama ada dalam politik, sosial ataupun ekonomi. Baginda dikenali sebagai ?Raja Teragung dan Tercinta?. Chulalongkorn mangkat pada 23 April 1910 dan digantikan oleh puteranya Raja Vajiravudh sebagai Raja Rama VI.